Tadi hampir tengahari kakak bawa Wafi pergi rumah nenek. Nak tolong kemas-kemas rumah. Ibu tak dapat join sebab sakit kepala dan sakit tekak. Sebelum pergi kakak dah masak nasi dulu. Ikan pun dah siang. Kakak kata nak masak dulu untuk ibu tapi tak apalah nanti ibu masaklah bila dah sihat sikit.
Jam 2.30 terjaga sebab rasa laparlah pulak. Masak simple je lah. Ayam pun kakak dah defrost tadi.
Mula2 gorengkan ayam tu yang diperap dengan kunyit, garam, secukup rasa dan sos tiram. Dah half cook baru masukkan lobak dan kentang. Agak dah masak baru masukkan bawang merah, bawang putih, cili 2 biji, cauliflower dan brokoli. Tambah lagi sos tiram.
Goreng je lah ikan ni.Dua-dua hidangan plain je sebab tekak masih sakit.
Nanti ayah nak makan bolehlah tambah sos pencicah yang kakak buat untuk popiah pagi tadi.
Moga cepat sembuh.
ReplyDeleteTengok ikan kembung goreng tu, sedapnyalah kalau goreng lembik-lembik lepas tu makan dengan nasi dan tuang kicap!
Terima kasih Kak Amie, saya pun suka yang lembik2 tapi ni goreng ikan sambil buat kerja lain huhu.. tu yang tergaring sikit.
Deletetanda2 nak demam ke tu kak?sakit tekak....harap tak melarat
ReplyDeletebadan tak sihat makan pun ala kadar je kan kak buat alas perut risau masuk angin..
Itulah... memang demam 2 hari lepas tu. Ini pun badan masih tak selesa.
Delete