Pages

Sunday, January 22, 2023

Jalan-jalan Tanjung Dawai

Hari kedua balik kampung, Makngah Shila dah plan untuk bermalam di homestay area Sungai Petani (SP). Jam 9 am selepas sarapan kita dah keluar rumah untuk jalan-jalan sekitar Sungai Petani dulu. Selepas itu ke Taman Rekreasi Tupah untuk menyantuni Toklang di sana.

1st stop kita berhenti tepi jalan je sebab nak ambil gambar Jam Besar di tengah pekan SP. Kawasan ni dipanggi Dataran Zero Kilometer Sungai Petani.

Dalam perjalanan singgah di Pekan Bedong.

Ayah teringin makan mi goreng mamak.

Beli satu je sebab yang lain masih kenyang. Ibu rasa sikit... sedap!
Terasa smoke dia sebab dimasak dengan arang.

Sebelah gerai mi goreng ada jual cendol.
Kita tapau 2 ikat tepi.

Ini pun lulus di tekak kami.
Kakak Widad yang paling suka.
Sebungkus tu berharga RM2.50

Perjalanan diteruskan ke Tanjung Dawai sebab kami nak lunch di sana.
Kira early lunchlah sebab by the time kita sampai baru jam 11.40 am tapi orang pun sudah ramai memenuhi gerai makan.

Sempatlah ibu ambil gambar makanan.

Segala jenis sambal, air asam dan ulam-ulaman.

Pelbagai jenis kerabu.

Kerabu lagi dan ikan goreng.

Sebahagian dari masakan sayur.

Ikan bakar, udang bakar dan sotong bakar

Udang, sotong dan ayam goreng.

Akhirnya ibu pilih seekor jenahak bakar, 2 ekor sotong goreng, 2 jenis sayur, telur dadar dan telur masin. Total RM72. Ayah je makan nasi, kami ratah lauk dan sayur je.
Fresh ikan jenahak bakar tu.. cuma harga dia ibu rasa kayangan 😅😅, RM48.
Mungkin memang begitu harga seekor ikan jenahak.

Sesudah makan, naik tingkat atas untuk beli barangan kering hasil laut.

Ibu ambik bilis 250g je.

Ambil juga beli belacan dan ikan masin.

Wafi sedang pilih jajan yang diingini.

Belilah juga keropok untuk bawa balik.

Nak balik tu kat tepi jalan ada orang jual pani puri. Belilah 1 set RM15, bolehlah makan di homestay nanti.

Next destination....

 

2 comments:

  1. Waah...seronoknya pergi Tg Dawai, SA x pernah pergi lagi...nanati nak pergi la suatu hari nanti andai ada kesempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pergi dah kurang jam situ sebab dah ada banyak port, kalau tak jenuh nak cari parking dulu2 lah. Masa mula2
      kami kahwin selalu gak MIL bawak situ makan tapi takde lah se"crowded" sekarang. Sekarang lagi meriah lah.

      Delete