Pages

Wednesday, January 4, 2023

UKKM di MRSM Felda Trolak

Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA telah dijadualkan pada 4/1/2023. Tarikh kedua setelah ditunda dari 9/12/2022. 
Masa 7.55 am hingga 10.10 am

Dalam masa sebulan tu dapatlah buat revision. Bolehlah study untuk Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) juga.

Pagi ni bersiap macam selalu. 
Ibu buatkan Milo 3 in 1 suam. Makan dengan roti vanila. Makan sikit je sebab Wafi kata tak ada selera.

Ibu bekalkan roti dan air mineral.

Jam 7 am dah boleh gerak.
Kasut sekolah pakai dalam kereta je πŸ˜…

Selfie dalam kereta untuk hilangkan gemuruh.

Jam 7.25 am macam tu sampai lah ke MRSM Felda Trolak ni.

Jalan pun clear dan jarak hotel dan MRSM dalam 14km macamtu. Jumpa 1 traffic light je untuk masuk ke MRSM.

Cool je pagi-pagi kat sini.

Semua calon UKKM kena dropped off je berdekatan makmal komputer.

Ibu bapa boleh menunggu anak-anak di parkir.

Bila dah habis ujian, anak-anak ni akan berjalan menuju ke parkir kereta berhampiran pintu masuk.

Lepas dropped off Wafi tu kami balik semula ke hotel. Breakfast dulu di restoren berdekatan dan masuk hotel untuk berehat.

Jam 10 am baru gerak ambil Wafi. Sampai sana Wafi dah tunggu tapi tak lama katanya. Ibu yang cuak sebab kereta dah tak banyak berbanding masa sampai tadi. Ingat Wafi nangisπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺ sebab sempat dia whatsap ayah bertanyakan kami berada di mana.

Rasa ujian siap awal sebab Wafi mesej tepat jam 10 am. Masa tu pun dah ada kat area parkir.

Kami sampai dalam 10.10 am camtu. Ibu turunlah dari kereta nak jemput dan bila Wafi menuju ke arah ibu muka dah macam nak menangis.

Susah betul Maths tadi.

Aduhai Wafi. Itu yang awak risaukan.

Tak apalah Wafi... awak dah usaha.
Serah pada Allah.

Dah.. tak perlu nak ingat lagi.

Dalam kereta macam-macamlah yang dicerita.
Bila dah tak cukup masa tembak je lah🀭🀭🀭

Kita fokus UASA dan PKSK pulak.

Caiyok
πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Dah.. jom balik hotel, siap² dan check out.




 

2 comments:

  1. acik pun turut berdebar bab exam anak2..moga berjaya Wafi

    ReplyDelete