Pages

Friday, January 27, 2023

Majlis Tahlil & Doa Selamat

Malam ni ibu melapangkan masa memenuhi jemputan Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena siap rumah baru rakan sekerja. Kakak nak join bila ibu pelawa ikut tapi Wafi taknak sebab ada plan buat baby pancake. Seorang lagi officemate ibu tumpang sekali since rumah berdekatan.

Sampai je duduk then ambil gambar dulu๐Ÿ˜…

Tak lama kemudian majlis pun bermula.

Seronok camni, sembang2 di luar office.

Makan pulak sedap.. lauk2 kampung. Since salah seorang ibu atau ayah Hanim dari utara maka ada gulai kambing + umbut pisang.. memang ngam ler.

Muda-muda la haiii diorang ni. Baya-baya Abang Imi.

Hanim di sebelah kanan sekali. Kalau tak silap, 5-6 bulan join company under ibu.

Zaki dan Habib.

Zaki ni pun under ibu baru join dalam 2 bulan camtu.

Habib ni staff lelaki yang masih bertahan lebih dari 5 tahun.

Dari dalam rumah, duduk pulak kat luar.

Sambung lah sembang. Ingat nak makan laksa rupanya dah habis. Tak ada rezeki. Nak makan food lain dah kenyang pula.

Udahlerrr.. nak mid night dah ni.

Kalau jadi Cinderella dah kena lari laju balik rumah.

Jumpa je lah lagi nanti hari Isnin tapi bila dah masuk office tak dapatlah nak sembang santai camni.

Ibu bersama Yanie, join tak sampai 4 @ 5 bulan tapi terpaksa meninggalkan company for better career๐Ÿ˜„


 

No comments:

Post a Comment