Pages

Tuesday, January 17, 2023

Kongsi Rezeki

 
Tertarik baca tulisan Cikgu Fadli Salleh hari ini tentang seorang murid kongsi makanan dengan kawan-kawan. Siap pelawa cikgu makan sekali. 


Teringat masa Abang Imi sekolah dulu.
Ibu bawakan bekal hampir setiap hari. 
Masa sekolah rendah Cik Ana cerita, ada cikgu sekolah Bami yang perhatikan Bami makan bekalan waktu rehat, seronok katanya tengok Bami makan 😁. Bami biasalah... sentiasa enjoy his meal!

Bila masuk sekolah menengah Bami minta bekal makanan masuk je dalam plastik sebab leceh nak bawa bekas.
Paling Bami suka nasi goreng.
Ada satu hari tu masa balik sekolah Bami beritahu ada kawannya nak beli nasi goreng Bami sebab sedap katanya. Bami kata masa rehat tu diorang nak rasa sikit.
Aduhhh... kasihan pulak dengar.
Hari yang ibu buat nasi goreng, ibu pun packkan lah 1-2 bungkus lebih. Bagi je lah kat kawan yang teringin tu. Tak adalah ibu nak jual 😅😅

Walaupun ibu bekalkan Bami makanan tapi duit belanja pun still guna, yelah.. budak nak membesar makan lebih dan mungkin teringin juga makanan kantin.

10 comments:

  1. Hahaaaa btul2 walau ada bekal..duit belanja tetap drg guna kn..waktu blk slalunya nk beli air..nk beli eskrem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang lah pulak dapat menabung kalau camtu. Ibu nya pulak kalau tengok duit dia ada lagi topup bagi sama amaun je 😎

      Delete
  2. makan ramai2 makan berebut ni sedap lain macam hehe
    bungkus dalam kertas dalam plastik senang bu..abis buang je tak penat nak basuh bekas plk
    kalau Pia bekal licin duit belanja pun licin..seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang kesian gak.. cukup ke tak kalau makan ramai-ramai.. biasa anak2 cakap cukup je.. sebab kalau tak cukup makan, tu yang beli juga. Ibu kena pastikan dalam beg mesti ada duit belanja.

      Delete
  3. Bagus Bami...Dania memang bawak bekal dari darjah satu sampai la habis sekolah menengah, duit belanja sehari RM5, selalunya dia simpan dalam tabung kalau x guna..kalau guna pun if ada balance dia masukkan dalam tabung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh... baguslah Dania. Disiplin. Jadi duit yang dikumpul boleh beli barang2 yang dihajati.

      Delete
  4. Pg td sy pun bawakkan 2 bekas utk kakak Iman... 1 utk kwn dia... dia kesian kwn dia x bawak bekal asyik beli kat kantin... kalau buat lebih sy bawakkan jugak... dlu ms sekolah rendah kwn² dia suka mtk mknn dia masa rehat sbb diorg ckp nasik goreng ibu sedap... so bila ada potluck kat kelas iman cakap, ibu buat je nasik goreng mcm selalu... hahaha... selesai masalah... mmg seronok kalau budak² suka mkn mknn kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 ni hati dia mudah tersentuhkan bila tengok kawan-kawan tak makan bekalan padahal mereka ada beli di kantin.
      Hal nasi goreng ni dulu Wafi ada kisah. Masa rehat biasalah kawan-kawan rasa nasi goreng, cakap sedap. Lepas tu masa jamuan raya kawan2 cakap Wafi bawaklah nasi goreng. Akak cakap takkan jamuan bawa nasi goreng tapi dah dia beria minta bawakkan je lah. Sekali bila balik sekolah Wafi cakap tak ramai pun makan nasi goreng dia bawa. Ibu pujuklah tak mengapa. Biasalah.. budak2 bila nampak makanan lebih fancy itu yang mereka pilih. Lepas dari tu setiap kali ada jamuan akak selalu tanya taknak bawa nasi goreng ke 😅

      Delete
  5. alhamdulillah best tau makan kongsi kawan ramai2 ginih., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. kalau bawa balik bekas kosong pastinya ibu gembira banget.

      Delete