Pages

Sunday, January 8, 2023

Sarapan Pagi Geng SAS

Jumaat petang ayah whatsap yang batch ayah Sekolah Alam Shah SAS nak datang sarapan di rumah hari ni, Ahad. Dalam 15 orang camtu. Diorang ada yang datang dari homestay uncle Waksir sebab malam tadi ada tahlil dan ada yang datang dari rumah. 

Ibu on je lah. Plan masak simple, nasi lemak dan yang lain order dan beli direct dari warung pagi.

Sambal tu malam tadi dah siap. Juga gorengan bilis dan kacang. Telur pun dah siap rebus. Tinggal potong timun je pagi tadi.


Nasi lemak tu ibu masak 13 pot. Penuhkan Noxxa. Ni nanti kami sambung makan sampai ke malam.

Ayam goreng dari seekor ayam. Tembikai beli kat Jaya Grocer semalam.

Bingka ubi ni ibu order dari Acik Suria Kitchen. Ibu tapaukan juga kat kawan-kawan ayah.

All time favourite roti jala dan kari ayam dari Suria Kitchen.

Yang mana sempat ambil gambar je lah. Ada kawan ayah bawa roti canai.
Ibu sediakan juga teh tarik, teh-o dan air sunquick ais.

Kuih popiah sira, karipap sardin dan kuih ketayap beli je kat warung Jalan Dato Johar.

Angkut je lah Noxxa tu letak atas meja tak sempat salin, lagi pun nak biar panas. Walau tinggal masak nasi pagi tu je tapi siap jam 9 ngam-ngam diorang sampai.
Mujur ada kakak Widad bantu ibu.

Ibu share je lah picture ayah ambik ni. 

Alhamdulillah... dah boleh makan. 

Tak mengapalah walau tak ramai yang dapat join, moga ada kesempatan mereka yang lain sampai rumah kita di masa akan datang.

Adalah dalam 9 orang kawan ayah yang datang.

Ibu save dari FB ayah😅
Agaknya apalah lagi yang dibualkan dari semalam membawa ke hari ni.
Gamaknya mesti ada topik Solira hehheh

Breakfast sempena umur mereka semua 50 tahun pada tahun 2023😅😅

Bergambar kat luar rumah pulak. 

Geng2 batch SAS ayah ni diorang kerap berkumpul. Ibu je jarang lah nak meet up dengan unimate atau schoolmate. Banyaklah constraint kan 🤪

Tadi lepas brekfast kat dalam tu diorang sambung lepak kat luar rumaj sekejap. Ibu skodeng dari tingkap bilik hahaha

Sempat lah diorang masuk mancave ayah tengok collection Star Wars. Ibu pun tak pernah tengok masuk.

Lepas sarapan tu diorang balik semula le homestay. Katanya nak bagi puas mandi swimming pool (dah macam kanak² riang 🤣). Ayah pun ikut serta.. adehhhh... tak cukup-cukup ke dok berkumpul 🤭🤭. Ingat nak tolong kemas dan basuh² apa yang patut!

12 lebih, dah siap cuci dan kemas semua barulah ibu sempat makan, baru lah terasa lapar.



 

2 comments:

  1. Seronok gathering macam ni...SA pun ada je kawan- kawan buat gathering tapi tu la..balik2 rumah dia..balik2 rumah dia...yg dijemputnya ramai lelaki...yg kami ppuan ni 2-3 kerat...lain machiam plak...sudahnya SA dah malas nak join...semalam baru decline...SA siap jawab dalam group..kalau ubah venue insyaallah i datang...hahahaha....

    ReplyDelete
  2. persahabatan lelaki ni kalau betul caranya, sampai ke tua bersahabat.

    ReplyDelete