Plan untuk bermalam di Singapore ni dibuat pun last minute. Masa dinner tu baru decide sebab belum beli apa² souvenir. Rasa tak lengkap kalau berjalan tak shopping. Paling tidak pun beli lah fridge magnet π
Lagipun nenek kata duit nenek tak pakai lagi. Padahal ibu belum serah SGD nenek. Sebab konsep ke Singapore ni pain sharing π
π
Seminggu sebelum pergi tu ayah dah tolong recce² hotel harga mampu milik dan rating tinggi. Ayah recommend Hotel 81 Premier Princess sebab hotel ni ada parking. Tapi masa tu pun tak sure lagi nak stay atau balik JB. Di JB ayah dah book homestay sebab plan asalnya kan nak jalan² JB.
Bila walk-in, tinggal 2 standard room sahaja tapi kami berlima. Even kita minta add-on katil juga tidak ada. (kalau kat Malaysia dah sumbat je π). Cuba juga tanya kita check-out awal jam 8... kot² bolehlah sorang menyelit.. hurmmm... Dah gitu undang² nya, kita turutkan je lah. Setiap guest kena register guna passport. Mungkin kalau tourist datang Malaysia pun gitu kekdahnya.
Pusing² cari hotel kedua, Hotel 81 Premier Hollywood. Ada bilik kosong cukup untuk kami berlima. Masalahnya parking pula tak ada.
Try cari hotel ketiga, berhampiram juga tapi still lah kena berpusing jalannya. Hotel 81 Orchid ni terletak di 21 Lor 8 Geylang.
Alhamdulillah.. pencarian berakhir. Hotel ada parkir sendiri.
Moralnya kalau weekend nak overnight di Singapore better book hotel siap-siap. Mungkin kalau dok hotel-hotel besar seperti Marina Bay Sands, Carlton, Pan Pac, Shangri-la etc takde masalah. Untuk kami yang budget ciput terpaksalah cari hotel di pinggir pekan.
Harga bilik Hotel 81 Orchid yang kami ambil, standard room semalam SGD105. 3 bilik jadi SGD315.
Nanges bila convert untuk 3 bilik.
Cara daftar kat hotel ni, serah passport kemudian kena tengok kamera ambil gambar pelanggan dan sign digital. Kemudian buat bayaran penuh.
Ibu dan nenek sebilik, manakala Bami seorang di level 4. Cik Fatin dan Cik Yun level 5, atas je dengan bilik ibu sebab no bilik sama.
Single bed yang dijadikan double sebab bilik dia lahaiiiii... saiz mini.Mujur ada sedikit ruang untuk solat.
Haaaa... lagi satu, bilik ni takde tingkap. Tu yang kena cepat² tidur kalau tak ibu terasa sesak.
dan.... bilik ni tidak kalis bunyi.
Jam 11 pm lebih masa kami berehat², dengarlah orang bercakap² di luar bilik. Cik Fatin kata floor kami tu ramai yang sedang check-in. Congcengcongceng orang dari mainland ni. Cara diorang cakap ni macam cakap dengan orang yang sebatu jauhnya. Hinggakan bila sorang ni terima panggilan telefon, suara orang sebelah sana pun ibu boleh dengarπ¬π¬
Lagi satu, Cik Fatin kata boleh dengar ibu bersin beberapa kali dari biliknya. Aikkkk.... dahsyat betul, hotel ni buat dari papan keπ€ͺ
TV ni sampai ke sudah tak tau nak on. Nak on sebab password wifi ambil dari situ. Lagipun dah malam, tidur je lah rehatkan badan.
Ibu dah siap² roaming U-mobile dari Malaysia.
Air minuman berbotol tidak disediakan tetapi ada filtered water untuk diminum dari pili di sinki toilet. Ibu tak minum direct, masak dulu dalam kettle yang disediakan.
Hanya ada body wash, towel dan tooth brush.
Belakang pintu masuk ada ruang untuk letak luggage dan gantung pakaian.
Tiada bidet disediakan, mujur shower head jenis yang portable.
Bila dah letak kepala kat bantal terus lena. Mujur tengah malam takde dah orang cakap2 kuat cuma pagi bersambung lagi bila mereka nak check-out π¬
Sebelum check-out breakfast dulu roti dan packet 3 in 1. Roti² tu bawa dari Malaysia sebab Cik Yun pesan bawa makanan untuk alas perut.
Mineral water Evian ni Cik Fatin yang beli. Terasa kaya pula bila beli Evian ni kat SG. Botol 1.5 liter ni baru SGD4.50
Mula² Cik Fatin beli botol 500ml berharga SGD4. ehh.. baiklah beli botol besar, dah alang² terasa kayaπ. Kalau kat Malaysia nampak botol Evian sekadar memandang je π
Kami check-out jam 9 am.