Pages

Friday, November 8, 2024

Gambar Anak² Bertiga

Pagi tadi ayah share gambar anak-anak masa mereka kecil lagi. 
Gambar ni tahun 2011.
Masa kecil banyak lah gambar mereka bertiga.

Dah besar ni ada je lah mereka bertiga ni bila cuti duduk rumah tapi tak ada lah nak bergambar pula.
Kebiasaannya kalau hari raya baru ada gambar takpun ketika makan kat luar atau jalan-jalan.
Yang banyak gambar berlima takpun gambar mereka solo.

Bila skrol album rupanya lately tak banyak pun gambar mereka bertiga sahaja.
 
Jumpa gambar ni yang latest bulan Disember 2023.
Gambar bertiga hari raya 2024 pun tak ada 😎

Lepas ni nak ambil lah gambar anak-anak lebih kerap.
Bila anak-anak makin dewasa pasti akan jarang bersama sebab masing-masing akan ada komitmen sendiri.

Pasti ibu merindui keletah mereka 😄



No comments:

Post a Comment