Pages

Tuesday, November 26, 2024

Short Trip Ke Singapore 2 Hari 1 Malam

Cik Fatin datang bersama Cik Yun jemput kami di Paragon Mall. Disebabkan kereta hanya muat 5 orang, hanya ibu, nenek dan Abang Imi yang akan masuk ke Singapore.
Trip ni betul-betul last minute plan, seminggu sebelum je. Masa tu sembang-sembang sambil breakfast dengan nenek dan adik-beradik ibu kat gerai. Ibu cerita nak ke JB nanti boleh lah pergi ke Danga Bay tengok Singapore dari situ. 

Cik Cha kata dah alang-alang sampai JB dan drive jauh-jauh tu masuk je lah Singapore. Haaa... good idea, boleh juga bawa nenek dan Kak Widad sebab mereka  tak pernah sampai lagi. Bami nak ikut tapi tak cukup seat jadi ibu bagi alasan masa kecik umur setahun lebih (2002)  dah pernah sampai 🀣.
Sekali Kak Widad dah ada plan CSR hari Sabtu dan Isnin tu trip ke Jakarta dah finalise. Jadi dia taknaklah ikut. Dapatlah Bami pergi, kebetulan few months tu dah renew passport walhal tak plan ke mana-mana pun lagi masa tu. 

Itinerary day trip yang Cik Yun sediakan.

Hari Khamis tukar duit RM700, 1SGD=RM3.365
Minta tolong officemate, katanya staff kat money changer tanya betul ke tukar RM700 jeπŸ˜‚πŸ˜‚..
Tukar sekali untuk Kak Widad RM500 untuk rupiah, dapatlah Rp1.7 juta.

Bila dapat duit tukaran terasa travel kaya vs travel miskin
SGD tu dapat 3 helai je 😬😬
Esoknya Jumaat tukar lagi RM1300 dapatlah 1SGD=RM3.355
Jadi berbekalkan SGD597, ayohlah jalan-jalan ke Singapore.

Sengsara sikit bila Bami duduk belakang. City Hatchback ni terasa kecil plak.

Kat Immigresen Malaysia tunjuk je passport, kita duduk diam-diam dalam kereta. Nanti mereka panggil nama sorang-sorang.


Beberapa hari sebelum masuk SG, Cik Fatin dah tolong isikan MyICA untuk semua.
So boleh stay sampai sebulan di Singapore (larat ke 😜)

Woodlands Checkpoint.


Sampai sini je lah ambil gambar. 

Kat Woodlands Checkpoint pun sama, kami duduk je dalam kereta. Officer panggil nama sorang-sorang. Kita sahut.
Kalau nak tambah chop stamp kat passport memang tak ada.. semua digital.
Bami siap cakap.. camtu buat apa masuk Singapore kalau stamp pun takde πŸ˜… 
elehh... nak tambah chop ler tu.

Kastam random je check dan kebetulan kereta kami kena. Buka boot je dia tanya ada apa. Cik Yun cakap ada beg baju je dah itu je pun yang ada. 

Alhamdulillah.. smooth je perjalanan dari Tampoi ke SG, dalam 45 minit camtu semua dah settle. Tapi nengok kenderaan yang nak masuk Tambak Johor.. punyalah panjang.


11 comments:

  1. tapi kastam tak check passport. errrr

    ReplyDelete
  2. Wah, ke negara Temasik pula ye. Nenek pun ikut sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trip kelam kabut kak hehe...
      Kena bawak kalau tak nanti ditanya bila nak ke sanaπŸ˜…

      Delete
  3. Wah asik Mbak jalan-jalan ke Singapure...
    Nah betul kalau sudah tukar uang, jadilah travel kaya dan travel miskin.
    Kalau dari Ringgit mungkin terasa miskin kalau ditukar dolar SIngapura, tapi terasa kaya bila ditukar dengan Rupiah...

    Selamat traveling di Singapure ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sebab tidak boleh jalan lama² di Singapore, bocor poketnya 😁

      Delete
  4. betul tak cukup bila tukar SGD tu...siap tukar lagi Rm1300

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujurlah tukar lagi Linda. Kalau budget ciput sangat susah juga nak jalan kat SG tu. Nak jalan² dengan tenang.

      Delete
  5. Dah lamaaa sangat saya tak ke Singapore. Dulu sebelum pandemi rutin, biasa tiap weekend. Hanya untuk main reverse bungy dan Giant swing di Clarke quay, trus balik jakarta hari Minggu. Tp sejak reverse bungy buka di Bali, saya jadi malas ke Singapur πŸ˜…. Main di Bali jadinya . Lebih murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhhh... adrenalin tinggi tu. Pasti Fanny jenis suka aktiviti lasak walau wajah ayu sangat.

      Delete