Pages

Tuesday, November 26, 2024

Singapore 2024 - Vivo City, Harbour Front

Seterusnya kami ke Vivocity untuk parking kereta, makan, solat dan ke Sentosa.

Bila dah tersalah jalan, kereta yang dipandu termasuk ke Pulau Sentosa. Menurut Cik Yun, orang Singapore pun tak bawa kereta masuk sini. Terpaksalah bayar entrance fee SGD6 kemudian u-turn untuk ke Vivo City Mall yang terletak di Harbour Front.

Parking kereta elok-elok, berpusing-pusing juga untuk dapatkan petak parkir dalam Vivo City ni..

Lunch kami di Jollibee. Actually lunch untuk Cik Fatin & Cik Yun sebab kami masih kenyang lagi makan di kenduri. Kami makan buat rasa-rasa je.

Menarik juga menu yang ada. Ini pertama kali ibu masuk Jollibee.

Tertutup pula kotak speghetti tu. Ibu share dengan nenek.
Menu yang diambil :-
  • 1 pc Chickenjoy with Spaghetti Value Meal x 2 (SGD8.80 x 2)
  • 2 pcs Chickenjoy with Side Value Meal x 2 (SGD9.70 x 2)
Sedap lah ayam kat Jollibee ni. Spegheti pun sama, cheesenya padu. 

Total 4 set makanan SGD35.80

Kalau nak solat di Viva City, surau berada di Level 2, Lobby Q. Ia berhampiran Kedai Bata juga Everbest. Berpusing jugalah nak cari Lobby Q tu.

Pintu nak masuk surau tu ada 1 tapi dalam ada ruangan solat untuk lelaki dan perempuan berasingan. Surau perempuan boleh muat 3-4 orang sahaja pada satu² masa.

Lega dah dapat solat sebab lepastu dah boleh jalan kat tempat lain. Takdelah kalut nak cari tempat sembahyang. 

Selepas itu, kami ke kaunter tiket Vivo City Station untuk ke Sentosa. Nak ke sana ada beberapa cara iaitu menaiki monorail, cable car, kereta, feri ataupun berjalan kaki sahaja melalui broadwalk yang disediakan.

Tiket monorail berharga SGD4 seorang.




Pemandangan dari monorail ke Sentosa.

Perjalanan mengambil masa 12 minit untuk sampai ke Resort World Station.
 

16 comments:

  1. Dari JB terus ke Singapore ye Kak?
    Bestnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Betul PH, dari tempat kenduri di Tampoi terus masuk SG.

      Delete
  2. Lama betul tak ke Singapore. Best nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan kak.. saya pun ada baca akaknya blog ke SG.

      Delete
  3. Seronoklah kalau jalan-jalan bawa kenderaan sendiri. Boleh plan ke mana hendak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak... cuma nak cari parking tu sengsara sikit. Patutlah orang masuk SG lebih gemar naik public transport.

      Delete
  4. Tak pernah jenjalan bawak kenderaan sendiri..pi naik flight..client bawak makan pas tu pi airport semula balik KL...kesian kan..nanti suruh suami bawak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... elok beno lah tu. Lagi mudah sebab husband SA dulu kerja sana.

      Delete
  5. alang2 JB kan..lajak singapore...wah, seronok betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... alang² drive jauh lajakkan je terus ke SG. Tu kalau ada jambatan ke Indonesia agaknya nak menyeberang juga😁

      Delete
  6. Seruuunya ke sentosa kak. 😍. Tak sabar baca cerita2 di sana.

    Jollibee di SG pun ada yaa. Saya dulu coba yg di Manila. Di jakarta sempat ada, tp tutup. Tak bisa bersaing dengan restoran ayam goreng yg lain.

    ReplyDelete