Pages

Sunday, November 17, 2024

Nasi Lemak Di Hari Ahad

Pagi ni prepare breakfast awal sikit sebab Kak Widad ada kelas. Nasi lemak sepanjang hari.

Malam tadi keluarkan cili blend frozen. Jam 7.30 am dah siap masak sambal dan telur rebus. Itu je yang boleh dimasak dulu sebab bahan lain takde stok kat rumah. Nak masak nasi daun pandan pulak takde. Pokok pandan beberapa kali tanam tetap tak menjadi.

Pergi kedai runcit beli sekali stok lauk seminggu. Lepastu singgah rumah nenek petik daun pandan. Balik terus masak nasi dan condiments nasi lemak.

Siap masak terus hantar sepinggan nasi lemak pada Kak Widad. Bolehlah makan masa kelas berjalan. Hari ni kelas sampai jam 4 tapi in between tu adalah gap.
 

16 comments:

  1. Baru plan nak masak nasi lemak ni tapi tengok jap lagi jadi apa pulak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekeke... harap menjadi lah tu tapi biasalah.. bila masuk dapur boleh tukar menu terus 😁

      Delete
  2. Meriah nasi lemaknya.
    Memang kalau menu nasi lemak di pagi hari sampai tengah harilah makan nasi lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam sampai ke petang kak, masak nasi pun banyak sampai 4 pot. Bila dah petang gorengkan telur mata. Hujan-hujan malas nak keluar cari makanan.

      Delete
  3. Replies
    1. Makanan sepanjang zaman ni Syu, mana-mana boleh dapat 😁

      Delete
  4. Kita geng Kak!
    Sy masak nasi lemak utk lunch. Baru lepas makan ni hah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu senang sebab gandingan sama cuma tambahlah lauk kayangan apa yang kita nak 😁

      Delete
  5. Melihat foto nasi lemak ini terlihat sangat mengundang selera, Mbak.
    Saya penasaran dengan nasi lemak ini, karena sering baca dan lihat fotonya dari teman-teman blogger Malaysia.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh minta isteri Pak Asa buat di rumah sebab ia agak mudah sekali disediakan.
      Kalau tak silap saya ia lebih kurang sama dengan Nasi Gurih, kuliner dari Acheh.

      Delete
  6. duk teringin nak masak nasi lemak sendiri tapi tak buat2 rasa tak baloi plk nak kecah dapur utk 2orang makan..padahal campur dengan malas

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau setakat berdua baik beli tapi sesekali nak rasa juga air tangan sendiri kan.

      Delete
  7. Nasi lemak kalau buat sendiri memang puas hati :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... boleh lah tambah lauk yg kita suka dan makan berulang².

      Delete
  8. Minggu depan la nak masak nasi lemak, nak beli kerang frozen tu nak buat sambal kerang, minggu ni family day company kat Shah Alam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pernah sekali beli kerang frozen tapi macam liat² plak tapi adik akak beli frozen elok je.

      Delete