Destinasi pertama adalah Jewel Changi Airport. Kereta dipandu terus ke Terminal 2. Ibu nampak ada 4 Terminal Penerbangan di sana. Lapangan Terbang Jewel Changi merupakan hub penerbangan dan pusat perniagaan bertemakan alam semula.
Kat sini kami ambil gambar sahaja tapi sebelum tu ibu dan nenek tukar baju biasa di dalam tandas, mudah untuk bergerak.
Bahagian tengahnya ialah air terjun dalaman tertinggi di dunia, Rain Vortex. Ia dikelilingi oleh persekitaran hutan teres yang menghijau.
Ini di tingkat paling atas.
Bunyi air nya sangat tenang.
Betul-betul dalam taman. Hidup betul suasananya.
Atas tu ada Canopy Walk. Nak masuk ada bayaran dikenakan.
Lupa nak tukar kasut sebelum keluar kereta 😂
Masa kami sampai Jewel Changi, sini lah tempat pertama kami pergi sebelum ke tingkat atas. Gambar dah terbalik.
Di mana-mana ramai orang tapi takde lah padat sampat tak boleh jalan. Mostly orang datang sini pun hanya singgah sahaja.
Air terjun ni sampai ke tingkat bawah tanah tapi kami tak turun.
Sejam kami di sini sebelum ke destinasi seterusnya.
Cantik pemandangan di Jewel Cangi Airport.
ReplyDeletePernah transit di Cangi Airport tapi lama dulu, tahun 2001.
Nampaknya kena transit lagi tu, bolehlah masuk Jewel nanti.
DeleteYe..dapat la explore sekejap denga boss dulu sblom PKP kami pi Spore meeting..tapi sedih x berjalan sebab limited time..
ReplyDeleteAduhhh... kalau pergi sebab kerja mesti tak dapat jalan² sangat kan. Lepasni bolehlah pergi sebab SA kerap ulang-alik ke JB.
DeleteCantik sekali ya Mbak Jewel Changi Airport ini. Yang sangat menarik perhatian saya adalah air terjun, apa Mbak namanya? Rain Vortex?
ReplyDeleteDan hijau dimana-mana. Ah demikian asri disana...
Salam,
Ia pak.. namanya Rain Vortex. Air terjun buatan indoor tertinggi di dunia.
DeleteAir terjun tu yang betul2 menarik perhatian..
ReplyDeleteMemang tarikan kat Jewel ni.
DeleteSebenerny kalok nanti bisa ke SG lagi, saya tuh hanya nak eksplore Changi airport. Dari jewel, dan banyaak tempat makan rekomen di bandara. Itu yg saya nak coba. Makanya lagi buat plan ke SG hanya utk jelajah Changi 😄.
ReplyDeleteBoleh berlama² nanti di situ, banyak kedai & resto yang menarik.
Delete