Pages

Sunday, November 17, 2024

Aktiviti Sukarelawan di Kolam Air Panas, Kerling

Ini cerita Kak Widad semalam yang menyertai aktivit khidmat masyarakat yang bertempat di Kolam Air Panas, Kerling. 

Kak Widad bersama coursemate Hannah berpakat untuk menyertai program sukarelawan masa hujung minggu. Pada ibu baguslah begitu, cari suasana lain. Tiap-tiap hari kelas online bila dapat keluar tentu seronok. Mereka berdua google program-program kemasyarakatan yang dijalankan. Kawi kata banyak je, pilih lah nak yang mana.

Selepas Subuh Kawi ambil Hannah di rumah. Naik satu kereta je. Rumah Hannah ni di taman sebelah je. 
Rezeki dapat coursemate duduk berdekatan.
Ni kat tempat parking Kolam Air Panas, Kerling semasa menunggu peserta yang lain. Jam 7.30 am mereka berdua sudah sampai.

Dengan rakan-rakan baru. Antara mereka ada pelajar dari UPM, UiTM, UPSI dan orang perseorangan.
Kawi kata student U lain ni datang sendiri bukan under U, samalah macam mereka berdua. Mereka pun cari-cari program sukarelawan di luar sebab program yang dianjurkan oleh pihak U ni biasanya persaingan tinggi untuk dapat join.
Ok... ibu boleh relate 😁😁
Peserta berdaftar ni nanti akan dapat sijil penyertaan (e-cert) selepas program.



Tak adalah pulak gambar mereka semasa buat aktiviti gotong royong tu. Walaupun program bermula 8.30 am dan dijangka habis jam 12.30 am tapi jam 10.30 am sudah selesai. Kawi kata kawasan bersih cuma kutip lah dedaun yang ada.
Owh.. baguslah begitu. Para pengunjung pusat rekreasi ni punya sifat yang terpuji.

Disebabkan masih awal, penganjur mengajak untuk ke air terjun tapi kena hiking. Beginner hiking je Kawi kata. Adalah dalam 15 orang join hiking tersebut. Peserta yang lain terus balik atau ada aktiviti lain. 

Air terjun tu di tempat lain jadi kena berkenderaan.

Ibu masukkan je lah gambar yang Kawi share.



Kalau baca situ Jeram Batu Bertenggek.

Bila ibu google ada Air Terjun Batu Bertenggek, Kerling Selangor.
Ibu jaranglah nak pergi ke tempat-tempat air terjun ni jadi tak pernah lah tau.

Kawi kata tak mandi pun kat air terjun tu, cuma rendam kaki je. Sebab kalau mandi nanti berpeluh semula balik ke tempat parking. Lagipun pakaian tak bawa naik.

Mereka berdua singgah di masjid sini untuk mandi dan solat. Kawi kata kita pernah singgah solat di sini masa balik dari kenduri sepupu ibu dulu di Tanjung Malim.

Masa menghala ke masji tu Kawi perasan dekat betul dengan UPSI. Jadi contact member Poli dulu yang sekarang ni belajar di sini. 

Sebelum tu Kawi singgah beli buah tangan di sini untuk kawan UPSI.

Bolehnya tak makan lagi bekalan yang dibawa. Padahal dah jam 3 petang. Kawi kata nak makan kat dalam UPSI tapi ramai pula student kat cafe. Last-last makan dalam kereta je.
Sabar je lah budak berdua tu. Dari pagi tak makan lagi hanya minum air. Padahal boleh je sarapan dulu sementara peserta lain sampai. Dok excited kot tu.

Alhamdulillah, jam 6 lebih Kawi sampai rumah.
Seronok katanya. Lepas ni akan cari lagi program mungkin hari Khamis bila ada lecturer yang awalkan kelas. Jadi ada 3 hari cuti weekend.

16 comments:

  1. Alhamdulillah...seronok juga dapat join aktiviti luar...dah la Kawi yang beljar online tu kan kak?

    ReplyDelete
  2. Baguslah ada pendedahan dan penyertaan aktiviti kemasyarakatan /sukarelawan begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. masa muda belia ni elok dia join aktiviti.

      Delete
  3. Bagus dapat sertai aktiviti sebegini... Tambahan pula asyik online class je kan, kenalah ada physical interaction & bonding juga.
    Sy baru tahu adanya air terjun Kerling ni. Nampak cantik 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami bagi support untuk dia keluar jumpa orang, jenuh kan setahun kelas online.

      Delete
  4. Baguuus juga kegiatan sukarelanya 😍👍👍. Bisa sekalian untuk belajar .

    Tempat yg didatangi pun baguus kak. Sungainya nampak bersih lah. Pasti segar utk main2 air 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengarnya pun dah ada next aktiviti.
      Asal dia seronok buat dan beri manfaat kami support.
      Itu lah.. rasa segar pulak kalau dapat main2 air tu.

      Delete
  5. Bagus sekali aktivitas ini Mbak. Menjadi sukarelawan sambil mengenali lingkungan, sangat bagus.
    Pemandangan alam disana cantik juga.
    Sepertinya Kawi suka dengan program begini, jadi Kawi akan ari lagi program lainnya pengisi weekend. Salut kepada Kawi.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia Pak TA. Kenali kawan² baru, dapat beriadah serta mengisi weekend dengan benda berfaedah.

      Delete
  6. seronoknya dapat join program macam ni teringat zaman belajar dulu suka sangat kalau ada aktiviti sukarelawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronokkan... rasanya masa zaman belajar lah dapat merasai pengalaman begini dengan bebas. Bila dah bekerja dan berkeluarga masa agak terhad pula. Mungkin kena selit² masa yanh ada.

      Delete
  7. Bagusnya ada minat nak join aktiviti macam ni menambahkan ilmu.. Semoga menjadi sukarelawan yang berjaya amin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. terima kasih TT.
      Harapnya begitulah cuma jangan sampai mengabaikan apa yang perlu dicapai dulu.

      Delete
  8. Program macam ni tertakluk pada student aje atau dibuka untuk orang luar jugak? menarik la..kalau banyak program macam ni SA nak join gak...nak- nak yang dekat dengan Seremban kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni open SA sapa² boleh join. Widad kata dia pun search je, banyak aktiviti yang perlukan volunteer. Dia tengok lokasi yang dekat.

      Delete