Pages

Friday, November 29, 2024

Hujan Dan Banjir

Hujan lebat dari petang semalam membawa hingga ke malam. Sekali dengan petir dan guruh. Berhenti hujan sekejap sangat lepastu gerimis hingga ke tengahari ini.

Pagi tadi nak ke ofis laluan banyak merah.

Kenderaan penduduk taman sekitar ditempatkan di bahu jalan. Jadi sempitlah untuk kenderaan yang nak ke tempat kerja.

Terpaksa menempuh 3 laluan yang dinaiki air.
Seram huhuhu...
Tanya kawan ofis yang keluar ke masjid tadi. katanya air belum surut.
Adeh.... ni masih hujan lagi.

Ini gambar semalam petang balik kerja, air yang melalui longkang depan jalan masuk. Deras betul airnya.

Malam tadi 3 Pusat Pemindahan Sementara telah dibuka. Ada beberapa jalan telah dinaiki air. Rumah kami di kawasan tinggi, Alhamdulillah setakat ni tiada masalah.

Untuk ke tempat kerja lah sedikit mencabar bila Meru dilanda banjir. 
Ramai kakitangan syarikat yang terjejas rumah mereka. Ada yang rumah tidak dinaiki air tapi still tak boleh keluar kerana jalan keluar masuk telah ditutup.
Mudah-mudahan petang ni hujan berhenti terus.

Hari ni Abang Imi dapat memo yang kelas akan diadakan secara online selepas cuti semester. Dah beli tiket bas balik 2/12/2024 jadi terpaksalah cancel. Bami kata ada beberapa kawan yang tinggal di Kelantan dan Terengganu rumah mereka juga dinaiki air.

Semoga baik-baik buat mereka yang menghadapi bencana banjir 😪

17 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan semua 🤲🏻
    Gombak pun hujan sepanjang hari, wpun tak lebat tapi tak nmpk matahari langsung sejak pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam petang husband nak balik dari Gombak merah je semua laluan. Lepas Isyak baru balik. Dah nak sampai rumah kena cari laluan lain yang boleh dimasuki. Struggle betul.

      Delete
  2. saya ada nampak yg update meru banjir sabun..moga dipermudahkan semua urusan kak&mangsa2 banjir di kelantan terengganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banjir kat Meru ni dah jadi acara tahunan Afzan. Bila hujan lebat beberapa jam dah boleh naik air padahal kampung ni jauh dari sungai. Perasan kerap banjir bila Setia Taipan dibangunkan.

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan urusan buat semua Yang terlibat dalam bencana banjir... colleague SA pun terdekat Di Kelantan, X Lepas balik masa site visit baru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Meru ni rasanya ni kali ke 2 tahun ni, last bulan April ritu.

      Delete
  4. Semoga dipermudahkan. Kat Lipis ni hujan on off. Air sungai pun naik surut. Harapnya takdela banjir besar.

    ReplyDelete
  5. Aduhhhh... harap ok colleague tu. Stranded di tempat yang tak biasa kesian lah dia.

    ReplyDelete
  6. Lain macam musim tengkujuh tahun ini.
    Semoga dipermudahkan urusan dan jauh dari musibah yang tidak dijangka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak... rasa cam Meru ni terkenal kat Selangor sebab banjir.

      Delete
  7. Semoga baik2 je..
    Banjir2 jadi dekat bandar membangun yang selama nie tak bnjir, linda rase memang sebab pembangunan... Sebab bangunan2 baru naik, semua ditinggikan, tempat yang asal dah jadi rendah la.. Itulah kalau hujan lebat pun air naik.. Tp tulah, nak menolak pembangunan tak boleh, doa yang baik2 je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat... lepas Setia Taipan naik jadi kerap banjir kat sini.

      Delete
  8. Semoga banjirnya cepat surut ya Mbak.
    Dulu saya tinggal di Bekasi, awalnya tak pernah banjir, tapi tahun-tahun belakangan sebelum keluarga pindah ke Sukabumi, banjir sudah masuk ke rumah. Aduh repotnya bersihkan rumah usai banjir...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. sehari air mula surut tapi kasihan lah pada mereka yang terpaksa bersihkan rumah tiap kali dilanda banjir.

      Delete
  9. Duuuh semoga cepat surut ya kak. 😔. Setiap kali musim hujan, pastilah yg dikuatirkan banjir ini. Apalagi kalo sampai tinggi. Pernah merasakan juga dulu. Yang paling letih saat dah surut pun, lantai JD penuh lumpur dan hewan2 melata 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banjir kat kawasan ni tidaklah seteruk di Kelantan, hanya dibeberapa kawasan sahaja. Namun kasihan pada mereka yang kerap kena bersihkan rumah dan ada yang terpaksa menumpang sementara di pusat pemindahan, hotel dan rumah saudara mara.

      Delete