Pages

Saturday, November 16, 2024

Santai Sabtu

Bila hari cuti ni terasa lah sekejap sangat. Ibu baru nak duduk-duduk mengadap laptop. Bila tengok jam sudah masuk jam 12.30 tengahari.

Pagi tadi briskwalk sendiri sebab Kak Widad ada join aktiviti sukarelawan. Nanti kalau Kawi share gambar ibu update lah. Ibu keluar jam 7 pagi.

Dapatlah sejam berjalan sambil menikmati suasana pagi. Jam 8 pagi biasanya dah ramai di taman. 

Otw balik cari mangsa nak sarapan sama-sama. Call Cik Baya katanya tokmi dah buat sarapan. Cari Cik Cha pulak, setting tempat makan. Singgah ambil nenek kebetulan baru balik dari masjid, baring-baring kat bilik layan Youtube. Kita angkut Cik Biela sekali.

Sarapan kat warung tepi jalan. Sembang-sembang adik beradik ada je lah topiknya sambil makan-makan.
Terplan pulak short trip minggu depan bila Cik Fatin dan Yuyun sampai warung.

Kalau datang warung ni cari sarapan kampung. Ibu ambil ubi getuk dan lempeng sambal hijau. Masa kami sampai getuk keladi dah habis pula.
Tambah lagi lontong. Kemain macam-macam yang teringinnya 😂

Sembang-sembang sampai jam 11 pagi. Ajomlah balik rumah masing-masing. Nak kena ngopeni rumah pulak. Ye lah.. seminggu kerja rumah tak bersapu.

Sebelum keluar pagi tadi ibu dah siap buka tingkap. Rumah ni seminggu sekali baru buka semua tingkap bagi angin masuk. 

Hari ni kemas-kemas dan sapu rumah je, esoklah kot kalau nak mop 😁. Nak kata bersepah rumah memang taklah sebab takde pun budak-budak cuma habuk je lah yang ada. Walaupun rumah kampung jauh dari jalan besar tapi still lah habuk tu masuk melalui celah-celah lubang angin.

Hari ni plan rehat-rehat je di rumah jadi bolehlah update blog dan blog walking juga.

8 comments:

  1. Wah, sedapnya sarapan ubi getuk dengan lempeng sambal hijau!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya makan dengan sambal hijau. Payah nak jumpa menu macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak perasan sekarang kafe-kafe hipster banyak dah sediakan lempeng dan sambal hijau. Tapi kalau kafe takde lah pulak buka awal. Nak makan gini pagi kena cari kat warung-warung.

      Delete
  3. Ngopeni nih bahasa Jawa kan kak,😅? Dah lama tak dengar sejak mama mertua meninggal tak ada yg bahasa Jawa lagi di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fanny, bahasa Jawa.
      Akak pun campur-campur bila guna bahasa jawa kat rumah.
      ngopeni = ambil tahu/taking care

      Delete
  4. First time dengar Ngopeni, biasa ngopi aje kan...menarik...

    ReplyDelete