Pages

Monday, November 25, 2024

Menyantuni Walimatul Urus Amira & Aqmal

Walau dah biasa travel ke Kulim tapi bila ke JB ni terasa jauhhhhhh lah sangat. Jalan yang kita tak biasa gitu lah perasaannya.

Disebabkan ayah memandu ikut had laju kebangsaan, 6 jam baru sampai JB. Bak kata Cik Biela, naik lori lagi cepat๐Ÿคฃ Target untuk sampai ke tempat kenduri jam 11 am, terlewat 30 minit sebab berpusing² google map tunjuk jalan dengan Abang Imi mencari toilet pulak.

Dewan kahwin terletak di Paragon Market Place, Tampoi. Bawah tu shopping mall tapi kami tak masuk, terus ke wedding space di tingkat 2.

Bunting di pintu masuk.

Sementara tunggu ayah jumpa kawan², ibu makan kuih-muih dulu.

Nenek taknak makan kuih tapi nak makan cendol.

Bami pulak taknak makan nasi hanya ambil apam balik. Masa kat RnR dah makan nasi lemak itu yang kenyang lagi.

Sampai² tu jumpa Auntie Syima, kawan UUM ibu ayah. Sebelum ni duduk di Shah Alam namun berpindah ke Johor ikut husband  yang bekerja di Iskandar Puteri. Husband beliau juga rakan U.

Ayah makan sikit je sebab dok sibuk jumpa kawan² yang kebetulan ramai menghadiri majlis ni. Ada yang ibu kenal. Ada juga unimate perempuan biasa jumpa tapi tak kenal nama dan ada yang lupa.. adehhh...

ehh... ada lengkong/agar² merah disediakan atas meja. Mungkin kat Johor je ada sementelah keluarga mereka keturunan Jawa.

Bersama kedua ibu bapa pengantin. Mesra dengan panggilan Tebod dan Caah.

Ambil gambar ni je sebab masa kami keluar dari dewan, pengantin tak sampai lagi. Nampak few times gambar pengantin bila ibunya post di FB selepas majlis pernikahan.

Semoga anakanda Amira dan Aqmal kekal bahagia melayari bahtera perkahwinan.
Sakinah Mawaddah Warahmah.

Kami tak dapat tunggu lagi sebab Cik Fatin sudah sampai untuk bawa kami berjalan². Ayah hantar ke kereta untuk keluarkan beg pakaian kami ber3 lepastu masuk semula ke dewan. Check-in hotel di Mount Austin jam 3 pm jadi ada masa lagi. Bolehlah sambung jumpa kawan².
 

9 comments:

  1. hujung tahun ni banyak jemputan walimatul urus kan.. meriah majlis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah kak, selalunya begitu. Hujung tahun berderet jemputannya.

      Delete
  2. Rugilah Bami tak rasa nasi kenduri, udah la datang jauh² :D
    Kuih lapis tu warna warni, cantik!
    Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai ๐ŸŒน

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. dia tak tau nasi kenduri Johor sedap ๐Ÿ˜‹
      hehe.. kuih lapis kalerful.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Bila anak- anak kawan satu U kahwen..auto jadi mini reunion kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. sekarang nampaknya makin kerap dapat jumpa.

      Delete
  5. Paling suka kalo ada kesempatan datang ke wedding begini. Krn bisa ketemu banyak teman lama dan saudara. Skr nih hanya di wedding event atau lebaran lah bisa ketemu saudara kan ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... masa event² begini lah dapat jumpa saudara dan teman².

      Delete