Dari Merlion tu kami ke Pusat Penjaja Lau Pa Sat yang terletak di 18 Raffles Quay.
Kena pusing sana sinun nak cari parking.
Kami pilih untuk duduk di meja luar. Ada banyak gerai-gerai di dalam bangunan.
Style kat sini penjaja tak boleh melepasi barisan meja-meja yang disediakan untuk menunjukkan menu. Kiranya macam berebut pelanggan lah. Jika didapati berbuat demikian, mereka boleh dikenakan tindakan saman. Jadi, pelanggan perlu ke gerai penjaja untuk order makanan dan bila dah siap baru penjaja hantar makanan ke meja pelanggan. Ada juga penjaja yang guna piring blinking macam UFO tu.
Sementara menunggu makanan sampai ibu ambil gambar sekeliling. Mungkin meja-meja ni diletakkan pada waktu malam sahaja sebab ia atas jalan raya dan dikelilingi bangunan tinggi. Kat tengah bandar ni semualah bangunan tinggi-tinggi belaka. Mostly pelanggan yang ada tu muka foreigner.
Ini sebahagian gerai di dalam bangunan. Bahagian ni kebanyakan gerai mempunyai tanda halal.
Halal Singapore.
Jadi malam tu ini lah menu yang kami ambil.
Set sate yang mempunyai 10 pcs ayam, 10 pcs daging, 5 pcs udang, 2 pcs sotong dan sebiji nasi impit berharga SGD39
Ambil 3 jenis air, kopi ais, teh ais dan lime juice. Air ni kalau tak silap 1 cup SGD2.
Pineapple fried rice SGD8 dan Char Koay Teow berharga SGD10.
Portion sepinggan ni besar boleh makan 3-4 orang. Kami berlima tak dapat menghabiskannya.
Ibu perasan dari menu tu boleh pilih saiz pinggan contoh SGD8/10/12/18.
Dari segi rasa, nasi goreng tu kalau ada cili kicap lebih kick. Char koay teow standard rasa macam kat Malaysia.
Rasa nak makan lidi sate tu sekali bila convert 3 cucuk sate sotong tu berharga RM60 😂
Terkadang pengin juga balik liburan ke SG, hanya untuk kuliner. Rindu juga hunting makanan di sana 😄👍.
ReplyDeleteNi tak sempat nak ronda² pilih makanan sebab dah penat. Order mana yang berdekatan je.
DeleteSedapnya sate sotong. Puas hati dapat makan, menambah lagi tu sebab sedap. Jadi tidaklah teringat-ingat apabila sudah sampai rumah.
ReplyDeleteIni pertama kali kami makan sate sotong. Sedap sebab teksturnya yang lembut namun ada sikit kenyal.
Delete