Pages

Saturday, November 16, 2024

Jus Nanas Madu Segar

Tengahari Sabtu 2 minggu lepas yang hantar Wafi balik asrama tu, ayah singgah gerai buah tepi jalan. Kalau tak silap gerai tu nama Zairul. Katanya dah few times nampak masa balik Kulim jadi gerai ni kat other side. Bila nak ke SP gerai ni kat tepi kiri jadi senanglah nak berhenti.

Ibu beli jus nanas dan nanas potong.
Segar betul jus nanas ni. Tengahari tu pula panas litlit. Memang kena lah ditekak.

Durian Belanda pun ada jual. Rugi pula tak beli bila diingat kembali.

Ada 3 jus je dijual iaitu tembikai, durian belanda dan nanas.
Pati jus tu disimpan dalam termos dan tidak bercampur dengan ais.
Jika pembeli nak beli baru diletakkan sekali dalam cawan.

Ayah ambil 2 cup jus tembikai dan 1 cup tembikai potong.

Harga jus pulak murah di sini.
Saiz kecil (K) tu sebenarnya saiz besar.
Manakala besar (B) tu saiz jumbo.

Pati jus pun ada dijual. Lainkali nak singgah beli lah.

Ini display je. Mereka simpan ais dalam container ni.

Pasti lepas ni akan singgah lagi gerai ni.
 

14 comments:

  1. Replies
    1. Sedap sangat ni Cie sebab jarang jumpa jus nanas kat tempat sendiri.

      Delete
  2. Kemecer pula tengok jus nanas tu. Saya suka!
    Tadi di pasar tani berhenti depan gerai durian belanda. Rasa macam hendak beli, macam tidak. Akhirnya tak jadi beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah sebab selalu tengok kak amie share jus buah. Lagi satu ada yang welcome drink kat hotel oversea tu ada jus nanas, kita plak yang terliur.

      Delete
  3. Durian belanda dan nanas ni memang banyak khasiatnya. Kalau minum sejuk2 nikmatnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. banyak khasiatnya cuma tak bolehlah bubuh gula kan.
      Ini beli kat luar pasti ada dibubuh gula.

      Delete
  4. Aiiiish saya memang sukaaa sangat nenas. Lebih suka dimakan langsung drpd jus . Tapi jus pun nak juga.

    Durian Belanda atau sirsak yg saya lebih suka di jus. Memang segar sangat. Apalagi sirsak ini banyak manfaat. Terutama daunnya bisa mencegah kanker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jus nanas tu pun jarang jumpa hehe.. biasa makan begitu je. Bila nampak sesekali bolehlah layan.
      Sirsak lagi senang minum jus nya aje sebab kalau makan nak kena asingkan biji dulu 😂

      Delete
  5. besar2nya durian belanda tu kak...kena beli tu kak susah nak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah... lainkali balik Kulim memang nak beli.

      Delete
  6. Jus Nenas memang sedap .. lagi2 kalau dpt yg MD2 tu manis litlat hahhaa.. Buah durian belanda tu masih belum reti lagi nak makan huuhuh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try dulu jus durian belanda/sirsak, sedap. Lepastu baru try makan buahnya.
      Akak dari kecik dah biasa makan tu yg boleh masuk. Dulu arwah nenek ada pokoknya.

      Delete
  7. Sedapnyaaa jus nanas, SA suka jus durian belanda dan makan durian belanda jugak...susah nak dapat dan durian belanda mahal sekarang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah... rasanya kalau nak cari durian belanda ni kena kat pasar² kampung.

      Delete