13/11/1999 - 13/11/2024
25 tahun usia perkahwinan ibu dan ayah.
Tahun ni dah letak kat handphone reminder tarikh 13/11. Biasa tulis kat kalendar ofis siap letak sticker comel-comel tapi kadang lupa juga.
Kalau dah dua-dua lupa takdelah sapa nak merajuk 😁😁
Kalau seorang ingat dan tak beritau.. maka tarikh tu berlalu pergi begitu sahaja. Tak celebrate pun tak apa sebab bukan perkara wajib. Cuma kalau ingat bolehlah kot-kot nak bagi hadiah ke.. makan-makan ke. Rasanya 1st year anniversary je bagi hadiah lepas tu tak de dah 😆
Rabu tu ayah balik awal sebab nak makan kat luar. Konon nak candle light dinner hahhahaha... tapi Kawi nak ikut pula.
Baju ibu ayah semua Kawi tolong prep.. balik-balik dah sedia.
Layankan je lah.
Ayah ajak makan di AD Butcher & Steak yang terletak di Bukit Jelutong.
Kalau ada anak-anak bawak lah sekali.
Makan bertiga tapi ambil 4 dish.
- Smoked Duck Aglio Olio
- Seafood Aglio Olio
- Braised Lamb Shank With Butter Rice
- Ribeye Black Angus
Ribeye Black Angus tu kita minta medium rare. Lembut betul dagingnya.
Semoga ibu ayah sentiasa dalam keadaan sihat.
Lepas makan kita cari dessert pula.
Masuk Inside Scoop selang 2-3 buah kedai dari AD Butcher & Steak.
Ini pertama kali kami masuk IS. Ayah dan Kak Widad pergi kaunter dan cuba flavour yang ada. Ambil 1 scoop je makan bertiga. Cukuplah buat rasa-rasa. Portion pun agak besar berbanding Baskin Robin. Kak Widad pilih aiskrim keladi. Sebelum balik tu mereka rasa Musang King. Diorang kata terasa premium. Patutlah kena tambah RM4. Ibu ada rasa durian, sedap... terasa durian original.
Sebelum sampai rumah ada nampak port makan-makan baru di Greenhill jadi kita singgah sekejap.
Penganjur setup kerusi camping dan khemah di sini.
Lepak-lepak sekejap sambil dengar lagu busking.
Kak Widad order wafle sahaja manakala ayah ambil minuman sparkling.
Ada satu gerai minuman ni pelajar MSU yang buka. Pandai mereka mencari peluang berniaga.
Tak lamalah di sini sebab esoknya kan nak kerja.
Alhamdulillah.
ReplyDeleteSudah capai Jubli Perak.
Moga sentiasa sihat dan berbahagia bersama keluarga tersayang.
Aamiin.. terima kasih cikgu amie 🥰
DeleteSelamat menyambut ulangtahun yang ke25. Semoga terus bahagia hingga akhir hayat.
ReplyDeleteAamiin.. terima kasih cie 🥰
DeleteAlhamdulillah tahniah Akk & suami 🌹
ReplyDeleteSemoga kekal bahagia, sihat & menua bersama Insha Allah 🤲🏻
Bagus Kak Widad, siapkan baju ibu ayah sedondon :)
Aamiin.. terima kasih PH 🥰
Deletehehe.. tapi tu lah.. kena ikut citarasa dia.
Posing dengan suami tak tengok kamera pulak. Selalu ambik gambar suami ni memanjang la tak ready. Hehe. Moga bahagia sehingga ke syurga ya. Kita baru 21 tahun tahun ni. Ya allah cepatnya masa berlalu ya.....
ReplyDeleteAamiin.. terima kasih Ezna 🥰
Deletehaha.. saje tak panggil asben pandang kamera 😁
Selamat ya Mbak atas ulang tahun pernikahan yang ke 25 tahun. Semoga kekal bersama sampai akhir hayat nanti.
ReplyDeleteTitip salam hormat untuk suami Mbak.
Salam,
Aamiin.. terima kasih Pak 🥰
DeleteInsyaallah, nanti saya sampaikan salamnya.
Happy anniversary kak 🎉🎉🎉🎉. Semoga tetap rukun dengan suami, dan dijauhkan dari Macam2 hal elok. Rezeki pun makin melimpah.
ReplyDeleteDan saya harap bisa merayakan anniversary emas ke 50 tahun. 25 nih anniversary Perak ya, hebaaat lah. Saya belum lagi sampai situ 😄
Tapi kita sama nih, tak ingat biasanya. Palingan hanya anniversary pertama yg diingat. Sisanya kelaut dah 😂😂
Aamiinn.. terima kasih Fanny 🥰
DeleteRespek pada pasangan yang tiap tahun mengingatinya 😎
happy anniversary kak...moga rumahtangga sentiasa dalam limpahan rahmat&kasih sayang Allah...
ReplyDeleteAamiin.. terima kasih Afzan 🥰
DeleteHappy Anniversary alhamdulillah dah 25 tahun semoga senyuman terus ke syurga bersama amin.. Happy muka masing2.. pakai pun seceria smbutan hihi... :D
ReplyDeleteAamiinn... terima kasih TT🥰
DeleteKak Widad yang tentukan tema nya☺️
Happy Anniversary kak..semoga sentiasa bahagia hingga ke syurga...
ReplyDeleteAamiin... terima kasih SA🥰
Delete