Pages

Saturday, November 9, 2024

Minum Petang Di Borakkopi

Impromptu plan je ni untuk ke Cafe Borakkopi yang terletak di Sijangkang. Jam 12 tadi lunch di Aeon Shah Alam. Disebabkan masih awal dan takde plan apa² pun hari ni, ibu ajak ayah ke cafe ni. Berbaloi lah Kak Widad mekap hari ni sebelum keluar rumah. Kalau tak rugi mekap je 😅

Dari Shah Alam ambil masa 30 minit je untuk sampai ke sini. Ikut LKSA dan KESAS highway. Ibu tertidur dalam kereta sedar² dah sampai🤪

Gelap pulak gambar berdua ni.

Layan anak dara sorang ni keluar rumah. Kalau tak terperuk je 5 hari kelas online.

Antara menu yang ada di sini.

Croissant tu sama vendor dengan Richiamo dan He & She.

Ayah di depan kaunter cafe. Belakang tu anak no. 3 owner cafe.

Di depan cafe. Cafe ni kat tepi jalan besar. Sebelah ada Pasaraya 99.

Setup dalam cafe hipster ni.

Pantang jumpa cermin.

Disebabkan baru lepas lunch jadi kita ambil light meal je.
  • Mushroom soup
  • Salted egg croissant
  • Laksa Lemak Sanglang
  • Vietnamese Coffee
  • Watermelon Soda
Laksa Lemak Sanglang tu highly recommended. Sedap sangat. Bagi ibu ada rasa macam laksa Siam.

Ibu bersama owner kedai. Acik Niza. Coursemate ibu masa degree. Beliau pula classmate ayah masa kelas matrik Express UUM. Dapatlah berborak lama dengan beliau.

Suami acik Niza ni pun unimate juga tapi tak ada di sini, outstation. Tak dapatlah jumpa. 

Seronok dengar pengalaman business mereka.
Semoga Kaklong Niza & Pakjad terus sukses.
 

14 comments:

  1. Baca Sijangkang, teringat dulu waktu bersekolah di Klang, ramai kawan dari sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu mesti sekolah STAR Klang kan 😅
      Saya pernah masuk situ F6 about 1 month sebelum masuk matriks.

      Delete
  2. Menarik sangat nampaknya Laksan Lemak Sanglang tu. Lengkap semuanya. Pekena laksa petang-petang memang best. Suasana kedai boleh bagi 5/5 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband owner orang Kuala Sanglang, Kedah jadi dia perkenalkan lah specialty laksa sana.

      Delete
  3. owh..bertiga berjalan2..hihihi..
    seronok betul nie, banyak kawan2 jadi tokey kedai...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan-jalan cari pasal hehe..
      Kawan-kawan tokey, kami kuli 😁

      Delete
  4. Kalau kelas online tu sesekali kena hirup juga udara segar.....takut tension je nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia Ezna, kesian dok rumah je. Itu pun kadang2 Widad gi mana-mana cafe buat assignment tukar angin.

      Delete
  5. ma beli fon untuk kite pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakkkkkk... camne awak boleh perasan ni fi...
      abeslaaaaaa

      Delete
  6. Macam menarik jer Borakkopi ni....best lepak sini ni...tapi jauh benau plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekeke.... jauh sangat, kat Seremban pun banyak tu.

      Delete
  7. Laksa lemak sanglang itu dari daerah mana kak? Thailand atau masih dari Malaysia? Baru dengar saya. Dan langsung teringiiiiiin pula nak coba 😍😍😍. Kalo laksa memang saya suka sangaaat. Macam2 laksa rasanya nak selalu dicoba.

    Baguuus tempatnya. Memang nyaman utk duduk2 lama dengan teman2. Apalagi kalo kopi dan makanan sedap 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuala Sanglang tu daerah dalam Kedah. Bila dah kat utara tu dah dekat dengan Thailand tentu ada citarasa Thailand yang terbawa masuk.



      Delete