Pages

Wednesday, August 13, 2025

Dalat, Vietnam 2025 - Cherry Luxury Hotel

Balik dari Butik Amiee tu baru kami dibawa ke hotel. Masa ni sudah jam 5.30 pm

Penginapan kami sepanjang 3 hari 2 malam di Dalat, Cherry Luxury Hotel.
Kalau tengok kat web, hotel ni rating dia 3 bintang.
Dari Lam Vien Square dalam 1 km.
Reception.
Pantas je masa nak check-in tu. TG uruskan semua.

Cosy je dengan pemilihan warna kayu.

Masuk bilik je macam ini lah keadaannya. 
Bilik kami ni ada beranda di luar cuma tak sempat lepak-lepak situ.



Bila lampu koridor terbuka, cahaya boleh masuk ke dalam bilik.


Ingatkan ada kopi Vietnam tapi disediakan Nescafe 3 in 1 dan artichoke tea.


Tiada aircond hanya ada kipas sahaja.
Macam dok Cameron Highland, ni adakala tak on kipas pun.


Hari terakhir baru sempat buka fridge ni.

Lantai sejuk, memang kena pakai selipar dalam bilik.




Iron tidak disediakan tapi boleh pinjam di reception. Dah guna bolehlah pulangkan semula.

Bilik ibu dan Kak Widad no 201 sebelah atas kiri.

Ni bangunan sebelah kiri. Yang tengah tu reception.
Sebelah reception ada restoren halal.

Ibu rasa yang ni jenis villa.. dalam tu banyak bilik-bilik.


View dari hotel. Hotel ni terletak atas bukit tapi tak adalah tinggi. Macam lereng je.

Cool je masuk sini.

















Nampak macam temple. Mungkin ada jalan untuk bawa kenderaan ke atas.
Jenuh juga tu kalau nak naik. Bangunan ni kat tepi simpang sebelum masuk kawasan hotel.

Simpang masuk ke kawasan hotel.




Gini lah bunga-bunga liar yang terdapat di tepi-tepi hotel.
 

3 comments:

  1. Macam kat cameron dah. Kawasan tanah tinggi la tu sejuk.

    ReplyDelete
  2. Luas biliknya. Cantik dan nampak selesa.
    Bunga-bunga liar itu nampak warna-warni. Menarik!

    ReplyDelete