Pages

Tuesday, August 12, 2025

Dalat, Vietnam 2025 - Makan Tengahari Di Halal Restaurant Kampung Melayu

Keluar airport pun dah jam 12.30 pm (1.30 pm waktu Malaysia) dan masing-masing pun lapar, jadi tour guide (TG) cadangkan makan dulu.

Kami dibawa ke Halal Restaurant  Kampung Melayu yang terletak di 27/6 Yersin, Phường 10, Đà Lạt, Lâm Đồng, Vietnam.
Perjalanan dari airport ke sini mengambil masa dalam 30 minit.
Kalau rindukan roti canai dan nasi lemak boleh lah datang sini.

Masing-masing memilih makanan dari menu yang disediakan.
Yang ambil order boleh berbahasa Indonesia dengan lancar.

Ibu order Pho Bo (sup daging Vietnam) tapi dah habis lah pulak. Ni mesti ramai pelancong memilih signature dish mereka.
 
Pilih menu ini sebab tak tau nak makan apa... nampak kat dinding.
Daging ada taburan black pepper dan telur dimasak atas hot plate.

Roti makan dengan daging.

Roti ni luar rangup dalam lembut. Tak sure cemana patutnya roti ni tapi bila pegang agak sejuk pula. Kalau masuk oven/microwave sekejap mesti best.

Ambil jus avocado tapi depa bagi gelas camni je.. hurmmmm

Lunch sambil berkenal-kenalan.
Ada yang dari Kedah, Terengganu, Kuantan, Muar, Putrajaya, Bangi, Banting manakala TG kami dari JB.

Entah pokok apa kat tepi restoren ni. Nampak macam ketumbar jawa.

Kawasan sekitar restoren.

Sebelah kiri tu sekolah, nampak moden designnya.

Berempat kami gelarkan kakak besties, Kak Ros, Kak Zilah, Kak Rosnah, Kak Zana dan Salmah. Mentang-mentang bekas guru, gambar pun nak berlatar-belakangkan sekolah ya kakak cikgu 😁

Sudah mula mesra di sini selepas sesi suaikenal 😍

Syazana, Fini, Fira, Widad, Salmah, Ros, Zilah, Rosnah, Zana, ibu dan Nofie.

Pakej travel ni hanya include flight ticket, hotel dan transport.
Tidak ternasuk makan, entrance fee dan insurance.
 

4 comments:

  1. Wah..pergi under agency..dapat lah jumpa orang yang tak pernah jumpa..yg penting 1 kepala ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada akak nak cuti-cuti ni senang ambil pakej.. biar mereka uruskan semua. Nak santai-santai je jalan. Dapat pulak geng sekepala.. memang meriahlah percutiannya.

      Delete
  2. Rupanya peserta trip-nya dari berbagai kota di Malaysia.
    Senang juga dapat kenalan dan sahabat baru.

    Salam,

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka ikut pakej. Tak sakit kepala urus sendiri.

    ReplyDelete