Pages

Sunday, October 5, 2025

Kelas Pertama Semester Baru | Khabar Dari Asrama

Hari ni kelas pertama Kak Widad untuk semester baru. Punyalah semangat, kelas jam 9, jam 5 dah bangun. Sampai² kampus, lecturer beritahu akan buat kelas online. Jadi Kak Widad dan kawan² terpaksalah masuk library. 

Jadual kelas dah dapat awal² ritu. Happylah Kak Widad, kelas habis jam 4 pm. Bolehlah lah riadah petang, briskwalk hari². Kita tengok... semoga kekal momentumnya😅

Jumaat 3/10/25 Kak Widad masuk rumah sewa. Lepas solat Jumaat Cik Yah hantar. Cik Yah tak confident dengan Kakwi drive 
kat Ganu. Padahal kat sini dah merata pergi😅

Terpaksalah Kakwi benarkan Cik Yah follow. Itupun Cik Yah minta Aman drive Axia tu😁

Hana.

Shida yang cheeky.

Terima kasih Cik Yah jaga Kakwi seminggu.

Aman ni dua pupu Kak Widad. Umur pun sebaya. Seorang yang handyman.

Abang Imi pulak kelas petang. Pagi tadi bolehlah sambung tidur. Mesti penat juga perjalanan jauh semalam. Ni bagitau selsema pulak sebab semalam bersihkan rumah sewa.

Wafi plak ada projek Techlympics nak kena submit.

Groupmate Ika, Anis dan Wafi.

Semoga Allah permudahkan urusan pembelajaran  anak² ibu.
 

1 comment: