Pages

Sunday, October 5, 2025

Kelas Pertama Semester Baru | Khabar Dari Asrama

Hari ni kelas pertama Kak Widad untuk semester baru. Punyalah semangat, kelas jam 9, jam 5 dah bangun. Sampai² kampus, lecturer beritahu akan buat kelas online. Jadi Kak Widad dan kawan² terpaksalah masuk library. 

Jadual kelas dah dapat awal² ritu. Happylah Kak Widad, kelas habis jam 4 pm. Bolehlah lah riadah petang, briskwalk hari². Kita tengok... semoga kekal momentumnya😅

Jumaat 3/10/25 Kak Widad masuk rumah sewa. Lepas solat Jumaat Cik Yah hantar. Cik Yah tak confident dengan Kakwi drive 
kat Ganu. Padahal kat sini dah merata pergi😅

Terpaksalah Kakwi benarkan Cik Yah follow. Itupun Cik Yah minta Aman drive Axia tu😁

Hana.

Shida yang cheeky.

Terima kasih Cik Yah jaga Kakwi seminggu.

Aman ni dua pupu Kak Widad. Umur pun sebaya. Seorang yang handyman.

Abang Imi pulak kelas petang. Pagi tadi bolehlah sambung tidur. Mesti penat juga perjalanan jauh semalam. Ni bagitau selsema pulak sebab semalam bersihkan rumah sewa.

Wafi ada projek Techlympics nak kena submit.
Groupmate Ika, Anis dan Wafi.

Semoga Allah permudahkan urusan pembelajaran  anak² ibu.
 

16 comments:

  1. Semoga baik2 je anak² semua di perantauan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA
      Begitulah harapan ibu ayah buat anak-anak..

      Delete
  2. Kak widad dh masuk sem baru ye... all the best!! rindunya zaman kampus.. benda yg selalu excited di awal sem ialah pilih jadual waktu, sy mmg suka ambik kelas 8 pagi dgn harapan petang akan ada masa nk mencuci pakaian sebelum org lain balik dr kelas... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya KM, sem baru dah ni, semester 6
      Kita sama... suka kelas pagi.. petang boleh relax.
      Tapi kadang pagi kelas... lepas tu break lama... lepas zohor kelas semula. adehhhh

      Delete
  3. betul2 semangat ni, pukul 5 dah bangun utk kelas yg pukul 9. kalau saya, 7.30 baru bangun xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih... awal-awal je tu 😅
      Nanti tengok cemana keadaannya.

      Delete
  4. Senang kan dalam keluarga ada seorang handyman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul... kalau kat rumah sendiri semua tangan keras. Apa-apa hal kerosakan cari orang.

      Delete
  5. Semoga yang baik- baik je untuk semua ye....semoga dipermudahkan urusan pembelajaran...

    ReplyDelete
  6. Seronok ibu dapat update anak2 dari jauh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada yang update kita cepat-cepat update agar tidak lupa dan terasa dekat dengan anak-anak.

      Delete
  7. Jadi ingat dulu saya sukaaa sangat jika bisa dpt kelas siang dan sore. Krn saya terbiasa belajar malam, so biasanya pagi saya gunakan untuk istirahat dulu 😄.

    Abang ini alergi debu yaaa, langsung flu setelah bersih2 rumah. Macam suami saya soalnya 😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesetengah student memang jenis suka kelas tengahari atau petang. Jadi pagi boleh bangun lewat.
      Haaa... kadang geram je bila disuruh buat kerja nanti bagi alasan akan hachummm²😬😬

      Delete
  8. Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak mencari ilmu. Mudah-mudahan berjaya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete