Cerita 2 minggu lepas Sabtu, 4/10/2025
Cik Ami seru anak-anak buah balik rumah nenek untuk meraikan hari lahir Bella yang ke 4.
Antara juadah yang disediakan nasi ayam, ayam dari Bakers Cottage, sate, tembikai. Nenek ada rebus pucuk betik dan buat sambal belacan.
Cik Nora buat laksa Terengganu yang yummeh.
Cik Ana bawa spagheti bolognaise.
Aiskrim potong pelbagai perisa Cik Baya yang bawa.
Anggur dan Vitagen. Ibu bawa Vitagen je lah sebab makanan dah banyak.
Birthday girl dan si cilik Auni di belakang.
Geng sepupu.
Harith kalau balik rumah nenek geng belum sampai lagi mesti tanya mana saudara.
Bella dapat hadiah dari Abang Adam.
Sebahagian dari keluarga yang ada.
Makcik-makcik pun nak interprem.
Ibu hadiahkan Bella bantal biri-biri.Ni kalau Wafi nampak mesti soh belikan dia juga.
Auni pun ibu belikan toy... geram tengok toy comel-comel.Maklumlah anak-anak dah besar... anak-anak buahlah jadi sasaran.
Selamat hari lahir Bella.Mak Ngah doakan Bella sihat dan ceria selalu.
nasib baik ada anak buah kecik2 lagi...hihihi
ReplyDeletehappy birthday si comel bella, moga membesar dengan sihat dan cergas...aamin