HeHa Sky View
Dari Pantai Timang kami dibawa semula ke Kota Yogyakarta. Sebelum itu singgah dulu di HeHa Sky View yang terletak di atas bukit bagi melihat pemandangan Kota Jogja dari ketinggian.
Entrance fee IDR25,000 seorang.
๐ Pemandangan Kota Yogyakarta – Dari kawasan atas bukit, boleh melihat panorama Jogja. Waktu yang menarik biasanya menjelang senja, kemudian sambung menikmati pemandangan city light apabila malam.
Sampai sini nenek kata sakit perut. Tadi masa kat Rumah Makan Pak Sis ada makan sambal. Nenek kata sebab ibu bagi sambal... ehhh... ibu bagi jangan lah makan kalau tak tahan๐
๐
Bami order air Cookies Coco Chocolate (IDR25,000).
Dia jarang ambil air manis tapi kat Jogja exceptional.... semua nampak sedap katanya.
Baru lah terasa panas.
Hujung tu ada ruangan Love Pad.
Bawah tu banyak kiosk² jual makanan hipster. Abang Imi ada beli Mac & Cheese di sini.
View Kota Jogja di siang hari.
View Kota Jogja di siang hari.
Ehh... takde lah ibu nak beli lock² gini.
Kalau view malam mesti lagi cantik boleh tengok city light.
Pada ibu tempat ni tak perlu masuk dalam senarai lawatan pun tak apa terutama bagi yang sejenis malas nak bergambar๐
Warung Pethel Bakar Dan Steak Pak Kaji Papat
Ajomlah kita cuba. Unik pula nama Pethel Bakar.
Ia merupakan iga sapi (tulang rusuk lembu) yang mempunyai potongan besar dan menyerupai kapak (tomahawk).
Dibakar dengan bumbu yang meresap dalam daging dan disajikan di atas hot plate.
Order satu je dish sebab Bami baru lepas makan Mac & Cheese manakala nenek taknak makan sebab perut masih tak selesa.
Dua kali ibu minum air teh kat Jogja memang tak berapa boleh masuk. Biasa kan minum Teh Lipton atau Boh. Kat Jogja ibu rasa teh nya agak wangi itu yang tak boleh tertelan.
Tambahan bawang dan cili api tu kalau nak rasa yang lebih pedas. Sedap kombinasi begini.
Cumanya kenapa gunting besi tu depa letak sekali atas hotplate. Macamana nak guna... panas๐
Batik Rumah Suryowijayan
Seterusnya Mas Donz bawa kami k Batik Rumah Suryowijayan yang merupakan kedai batik di kawasan Gedongkiwo, Mantrijeron, Yogyakarta.
Kunjungan ini tak ada pun dalam itinerary dan kami tak de tanya pasal nak shopping. Dah supir bawa, kita masuk je lah.
Agaknya biasa bawa tamu ke kedai tersebut. Mesti Mas Donz pelik kami takde cakap² pun nak membeli-belah๐๐
- Batik tulis, batik cap dan batik printing
- Baju batik lelaki dan wanita
- Dress, blaus dan pakaian kasual
- Kain batik
- Daster
- Kebaya
- Beg dan aksesori
- Barangan hiasan seperti alas meja dan sarung bantal
Sebab ibu takde plan nak beli apa jadi ibu belikan ayah dan Bami baju batik.
Masa tu ada satu orang ni dari Seremban dok cari baju batik anaknya juga. Jadi kami bertukar² pendapat.
Abang Imi try satu baju batik dan dia berkenan. Soh ambik 2 takmau... ye udah. Ibu ambilkan ayah 2 helai saiz M.
Total 3 helai baju batik lengan pendek IDR688,000 (RM161.55)
Win Perfume
Dah nak sampai hotel Mas Donz berhenti tepi jalan. Masa ni ibu tak tau kenapa dia berhenti sebab rasa kami takde apa nak beli. Mas Donz beritahu orang Malaysia suka masuk kedai ni, kedai perfume.
Laaa... maksudnya kami kena suka lah eh๐๐
Ibu sorang je keluar sebab yang lain taknak turun. Bila ibu tengok nama kedai Perfumery Win terus teringat yang Ako Retna dan Fanny ada tulis dalam blog tentang Win Perfume, cabang Bandung. (ehh... ibu pun dah terikut tulis perkataan cabang... padahal biasa tulis cawangan atau branch je๐
).
In between lepas kita bau perfume, staff bagi satu tin yang berisi biji kopi. Takde lah kita pening bila bau banyak².
Sebelum tu kita pilihlah bentuk botol dan saiz apa yang dimahukan. Pilih juga nak kepekatan EDP atau Extrait.
Ibu beli untuk sendiri sahaja sebab ayah dan Bami ada pilihan perfume sendiri. Kak Widad pula sudah beli 2 botol masa ke Lab Art Aroma ketika ke Medan seminggu sebelum ibu ke Jogja.
Ibu pilih Inspired by Gucci Flora saiz 115ml (extrait) berharga IDR270,000 (RM63.40)
Balik rumah menyesal kenapa beli satu je.... wangiannya tahan lama. Pakai pergi kerja, balik masih wangi lagi.
Satu lagi... patutlah orang Malaysia suka berkunjung ke Perfumery Win seperti yang diberitahu Mas Donz. Aishh.. rugilah ibu tak tahu dari awal.. kalau tak boleh set minda awal²๐ซฃ






















Sama la kita Kak, kalau impromptu macam ni tak berapa nak boleh fikir hihi... Mujur beli juga 1 perfume kalau tak lagi menyesal hehe
ReplyDeleteBoleh lah buat hado-hado hehehe... sayang sangat sebab beli satu je.
DeleteTertarik pula tengok Pethel Bakar tu. Itulah kab, kalau je mana-mana memang kena bawa prinsip biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli.
ReplyDeleteKomen tentang minyak wangi๐น
DeleteTu yang selalu Kak Amie tulis.. adehhh... kesal pula padahal duit lebihan tu banyak lagi sebab tak tau nak beli apa lagi.
DeleteBerkenan betul KSarie dekat Pethel Bakar tu. Buat lapo jadinya. Kalau ke Jakarta - Bandung - Jogja memang antara ole-ole nya perfume kan. Memang syurga untuk peminat perfume. Tak tau la kenapa tak keluar nama DinoHauz bila komen ni. Udah keluar nama Anjali pula๐ค
ReplyDeletekihkih.. tu lah mula-mula nengok komen Anjali ..ingatkan ada blogger baru menyapa lepas tu nampak nama KSarie ๐.
DeleteAkak baru tau pasal perfume tu.. rupanya ramai peminat.. Lepas ni kalau ke Indonesia lagi, perfume tu boleh masuk dalam list sebagai ole-ole.
Rare nama pethel bakar.. Love lock byk tmpt skarang ada... Dlu tgk kt Korea je... Syok tu beli perfume
ReplyDeleteHaaa.. tau pun yg awal² kat Korea. Rasa macam nampak kat Bukit Bendera...
DeleteKalau kakak nak titip parfume begini, boleh bilang saya. Nanti Desember saya akan ke KL lagi. Bisa saya Carikan.
ReplyDeleteHeha sky ini saya tak pernah datang, sebab memang tak suka tempat terlalu turis macam ini ๐คฃ. Tapi saya pernah ke tetangganya, sama juga melihat view lautan dari atas. Tapi lupa nama tempat. Macam biasa, entrance fee bisa ditukar dengan makanan, tp jujur rasa So so sangat.
Kakak Coba juga pethel bakar itu yaaa ❤️. Jadi kenapa dinamakan pethel karena daging Tomahawk ini mirip kapak kecil kalau dilihat2. Arti kapak dalam bahasa Jawa Pethel. Cuma kita nih biasa sebut Tomahawk lah ๐คฃ
Eh.. takpe²๐ saje je lah.. lenkali gi sana boleh cari.
DeleteHeHa Ocean View kan satu lagi.. tu tak masuk dalam senarai wisata.
List yg Fanny bagi, masa sampai² dah forward bagi supir. Cakap kat dia tengok² mana yang boleh slot in kalau lalu.Satu lagi pergi Unagi. Cuma Gudeg Mercon je tak dapat pergi sebab buka malam. Tapi dapat beli gudeg kat Jalan Malioboro.
Patutlah namanya Pethel ya.. bila diamati memang bentuk kapak. Sebenarnya baru tau tomahawk tu kapak.. sebab hanya tau kapak tu axe๐
HeHa Sky View memang nampak sesuai singgah menjelang senja, dapat panorama Jogja kemudian sambung tengok city lights.
ReplyDeleteSenja atau malam baru sesuai.. siang hari silauu๐. Kalau tengok gambar ramai yang lepak waktu malam.
DeleteDah jalan² sampai Jogja, Mana boleh diet.. balik Malaysia la sambung diet
ReplyDeleteKaw² dia sambung diet๐
DeleteCantiknya view dari Heha. Subhanallah. Pethel bakar tu nampak sedap sangat ohh iga sapi rupanya. Baju batik memang cantik kat sana kan
ReplyDeleteHeha ni kalau datang pagi atau malam mungkin lagi cantik.. petang silau๐. Sana banyak view dari tanah tinggi.
DeleteBaju² batik memang lawa kat sana.. harga pun mesra poket.
bau minyak wangi tu tak memeningkanlah ye? kadang2 yang inspired ni aduhhhh wangi mmg seakan2 tapi peningnya sebab menyengat kat hidung.
ReplyDeleteSetakat yang akak beli satu botol ni ok.. ambik wangi yang lembut je.
DeleteSA x boleh hidu inspired yg murah2 yg diorang jual kat TT tu..jadi n pening kepala...yg inspired jenama international..kat n opis ni ada yg guna..bau yg Siti Nurhaliza suka tu..apa ntah namanya...SA lupa..tengik baunya..jenama mahal tu of course la bau ori kan..iga sapi bakar tu..sangat menggoda...
ReplyDeleteYang jenama mahal ori tak semua pakai jadi tak tau baunya.. macam Gucci Flora yang akak beli. Tak tau yang ori cemana tapi yang inspired ni sedap, lembut je.
DeleteSelalu dok baca iga bakar.. dah tau lah sekarang apa dia.
pethel bakar tu nampak sedappp. mcm lamb chop pun ada.
ReplyDeleteokay saya take note win perfume ni. kot2 next time pergi indonesia, kena singgah membeli sinilah. saya suka perfume2 ni
pethel ni bahagian rusuk.. tapi tak tau cemana belahannya sebab kalau rusuk yang akak tau macam tulang-tulang berisi daging.
DeleteAkak baca macam banyak branch win perfume ni kat sana.
Saya dah sampai Jogja akhirnya, walaupun hanya melihat gambar2nya. Terima kasih atas perkongsiannya. Semoga ada rezeki saya juga nanti.
ReplyDelete