Pages

Friday, October 30, 2026

Majlis Anugerah HEM Dan Kurikulum Tahunan 2026 (MAHKOTA)


Majlis diadakan pada Hari Khamis 1 Oktober 2026 jam 8 pagi di Dewan Makan sekolah.
Tahun-tahun sebelum ini majlis diadakan di hotel sekitar sekolah.

Tema pakaian Nostalgia.

MAJLIS ANUGERAH HEM & KOKURIKULUM TAHUNAN 2026
 
πŸ† RUMAH TERBAIK SISTEM RUMAH 2026 πŸ†
πŸ₯‡ Rumah Terbaik Keseluruhan – Rumah Bendahara
πŸ₯ˆ Tempat Kedua – Rumah Laksamana
πŸ₯‰ Tempat Ketiga – Rumah Panglima
πŸ… Tempat Keempat – Rumah Temenggung

Majlis ini menjadi wadah untuk memberikan pengiktirafan kepada anak-anak yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai pencapaian membanggakan dalam bidang kokurikulum di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 


Jenuh mencari baju yang sesuai untuk Wafi pakai. Tanya kat adik beradik ibu.
Baju corak kain pelikat tu sepasang tapi Wafi pakai baju je (ihsan Cik Ami) manakala kain corak batik tu Cik Nora punya.
 
Kemahen mereka ya.
Wafi, Afiqah dan Ika.

Santai je lah bila buat kat Dewan Makan.

Seluruh Form 4.

Form 4 rumah Laksamana (Biru).

Wafi naik pentas bukan ambil hadiah tapi menari Zapin 😁
Bila lah nak dapat hadiah untuk akademik dan koko huhu..

Kali terakhir ibu tengok Wafi menari masa 5 tahun di tadika.

Penyanyi seperti biasa... Alma.
Penari kawan² Form 4.

Video mereka membuat persembahan sempena Mahkota. 

No comments:

Post a Comment