Lepas Ujian Akhir Semester Akademik (UASA) ada beberapa aktiviti yang sekolah buat untuk semua pelajar. Ada yang melibatkan Form 1 - Form 4, ada yang melibatkan batch masing-masing.
Kalau senyum nampak gigi tu dia lah.. tumbler dia tu kat depan.
Firasat ibu yang kanan sekali tu Wafi.
Nak confirmkan biasa tengok kasut.. tapi tak nampak lah pulak.
Jadi tengok jam, nampak sipi-sipi je.
Lagi satu groupmate sama.
Ini pula Program Pembentukan Karakter Generasi Madani pada 19/11/2026Antara aktiviti yang dijalankan :-
1. Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform
2. PBL Kelab Persatuan
3. Jualan Kelab Sukan Permainan
4. Makmal Aktif Lestari
Form 4 tak masuk pertandingan kawad kaki rasanya, jadi Wafi pakai uniform Puteri Islam sahaja.
Yang ibu perasan dalam gambar ada Shamil dan Anis.
Ibu share dalam grup family.
Lepas tu ada lah yang menyakat, ayah tgh pakai tudung ker?.
Kawi selalu kata muka Wafi macam ayah.
Agaknya lah tu.. ibu tak perasan pulak.
Esok batch Wafi ada program menyembelih ayam, lepastu ada rewang masak. Parents sumbang duit untuk beli bahan mentah seperti Beras Basmathi, minyak masak dan sebagainya. Makanan tu nanti untuk lunch mereka dan ada lagi tambahan dari dewan makan.
Harap adalah gambar Wafi terselit.








No comments:
Post a Comment