Pages
Tuesday, August 12, 2025
Dalat, Vietnam 2025 - Makan Tengahari Di Halal Restaurant Kampung Melayu
Dalat, Vietnam 2025 - Bermula Perjalanan Ke Bumi Vietnam
Sunday, August 10, 2025
Cerita Ahad
Cocomelon
Menarik juga rancangan kartun Cocomelon ni. Biasa dengar tapi tak pernah tengok pun. Anak-anak kecil boleh menyanyi dan belajar membaca.
Friday, August 8, 2025
Terima Kasih Abang Imi
Pagi tadi Abang Imi sampai rumah ibu tak bangun lagi. Naik bas dari Kulim jam 10 malam, sampai Klang Sentral 5 pagi.
Ibu gi kerja takde lah nak jumpa sebab Bami baru lena rasanya. Petang tadi ibu sampai rumah Bami terus salam dan peluk ibu lama². Rindu ibu katanya. Tiba² hari ni terlebih sensitif bila balik dari jaga Tokwan 2 hari.
Abang Imi pesan ibu dan ayah jaga kesihatan. Tanya ibu dan ayah ada buat medical check-up tak tiap² tahun.
Ibu explainlah.. tokwan ni kan dah tua.. ada masa sakit yang tidak dijangka. Lately ni je sakit sampai terlantar. Sebelum ni tokwan sihat je.
Ibu tanya... Bami takut kena jaga ibu ayah ke kalau ibu ayah sakit🫣
Nampak Bami menyeka air mata.. alahaiii.. anak... anak...
Doakan ibu ayah sihat ya.
Ini Bami share gambar tokwan masa doktor datang check.
Hampir seminggu tokwan masuk hospital akibat jangkitan kuman dalam darah. Hari ni ayah pulak jaga di hospital, semalam balik naik ETS. Gilir² adik beradik 3 orang jaga. Mereka juga ada upahkan penjaga lelaki untuk bergilir.
Sementara Bami cuti semester ni boleh juga bergilir. Bami pun ada experience masa jaga arwah atuk di HTAR. Masa tu zaman cuti sekolah.
Terima kasih Bami 🥰🥰
Rezeki Jumaat
Rasa ibu tersalah order.. ingatkan Peach Sundae rupanya Peach Milk Shake. Minum ni sejuknya sampai ke otak huhu...
Ok juga ambil milk shake ni sebab kurang manis. Member² yang ambil sundae kata aiskrim manis dan rasa susu.
Pisang sale/salai ni kawan ayah bagi, baru balik dari Jakarta katanya.Tertulis produk dari Tangerang, Banten.Cantik packaging nya. Sesuai untuk diberi sebagai buah tangan.
Friday, August 1, 2025
Short Trip Ke Dalat
Tengahari tadi ibu dan Kak Widad sampai di Dalat, Vietnam.
Short getaway, reward Kak Widad berjaya mengharungi online class selama setahun. Ada masa struggle juga.
Sebelum exam ritu Kak Widad request nak jalan² lepas habis exam. Release tension gitu. Tak kisah ke mana... asal dengan ibu.
Nahh... Dalat lah kita!










