Pages

Monday, August 24, 2015

Birthday Cik Biela di Aidil Fitri

Ada sambutan birthday kecil2-an sempena birthday Cik Biela.
Cik Patin la nak buat surprise.
Petang tu ibu ada sediakan spagheti rekues dari Kawi.
Sebab masa ni pun masih dalam musim raya, family yang ada je hadir. Yang lain tu entah ke mana2.

Big bosses malu2.

Happy birthday Cik Biela.


Semoga sentiasa sihat dan dalam rahmat dan kasih sayang Allah.


Dak Alya ni memang selalu perasan.. kek orang lain.. pun kek dia hehehe..


Semangat Cik Fatin makan..
Atuk tak berapa sihat. Makan sikit jer.


Kawan Cik Biela.. diorang nak sambut tempat lain la lepas tu :)


Bami dok ulang2 makan spegheti.


Cik Man tukang ambik gambar.

Majlis ringkas jer.. kami pun takde buat open house. Cuma kalau ada tetamu datang, ibu akan masak sket untuk diorang. Macam tak best je kan makan kuih raya jer.. Datang pun setahun sekali je hihi...

Tuesday, August 18, 2015

Kunjung dan dikunjungi

Adoii... dari sejak puasa sehingga dah habis raya... mood berblog memang takde huhu...
Mana yang sempat jer.

Ni gambar2 masa kunjungan raya dan juga ketika dikunjungi.

Di rumah Dr Mazura Mansor di Sungai Rokam. Ini malam yang kami ada sambutan hari raya di Sekolah Teknik Ipoh. Sebab dah dekat dengan hotel, kena gak ler singgah.


Ini plak Yat, sahabat sama course & kolej masa di UUM. Ni masa raya di Kulim. Lepas grad baru pertama kali ketemu padahal duduk dekat jer, sama daerah. Cuma acik Yat ni kerja di Baling.

Haziq, anak second autie Alin dan uncle Zaki. Haziq datang dengan abang dan adik baru, Daniel. Juga daddy diorand dan ibu Melia.

Coursemate ibu kat UUM, uncle Sahar dan isteri. Housemate ayah masa dok bujang. Juga kolej sama dengan ayah masa di UUM. Dah beberapa kali nak datang asyik bertangguh je. Alhamdulillah.. sampai juga akhirnya.

Selepas ke open house uncle Zaki, kita singgah di rumah autie Nieta. Roomate dan coursemate ibu masa di UUM. Duduk di Precint 11, Putrajaya.

Keluarga atuk Nasir  & atuk Jep beraya ke rumah anak buah. Sempat lunch kat rumah kita kan... harap2 next year ramai lah crowd atuk & nenek sedara rawiwa dapat datang.

Ni kat luar rumah uncle Zaki. Tak sempat ambik gambar dengan auntie Melia. Rumah baru di Prescint 11. Cantik kan rumput karpet tu hehehe...



Anak buah ayah, uncle Jali. Duduk di kejiranan yang sama tapi baru dapat contact. Yang berbaju purple tu adik ipar uncle Jali. Ayah kena bahasakan diri paman@pakcik.

Isteri uncle Jali, auntie Yatie. Bersahabat baik plak dengan ofismate ibu. Pusing2 jumpa juga hehehe...

Tuesday, August 4, 2015

Riang ria hari pertama di rumah atuk.

Gambar2 yang dipost dalam whatsapp Shohari Clan.
Simpan di sini sebagai kenangan.

Wajah2 kesayangan hamba. Ni kalau semua ada kena zoom jauh lagi hehe...

 Ummi & family

Cik Ujang & family

Cik Elis & family di Rompin, Kuantan.

Cik Nora & family

Cik Cha & family

Cik Amie & family. Ni dah hari raya ke-3 baru dapat bergambar bersama.

Cik Baya & family

3 generasi

Seperti biasa... laksa yang ditunggu oleh kaum keluarga menjadi juadah wajib.

 Penuh rumah dengan kunjungan sanak saudara



Monday, August 3, 2015

Kunjungan raya

Ni sekitar raya2 keluarga belah atuk dan nenek.
Yang dapat join jer la sebab ada grup adik beradik yang giliran Klang sudah beraya ke rumah mereka.

Atuk usu aka atuk kura2 & nenek usu (sebab dulu ada bela kura2 dan nak ingatkan anak2 atuk yang mana satu, senang anak2 recognize rumah yang bela binatang)

Atuk Munir aka atuk ikan keli & nenek Jarah.

 Nenek Timah

Nenek Masi, jiran paling dekat hehe...

Nenek Ton

Buyut Pura

Ni di rumah jiran, bara'an sesama jiran.

Acik Nisah, cousin ibu yang duduk di Kota Belud, Sabah.
Biasa jumpa masa raya jer.

Thursday, July 30, 2015

Syawal Pertama

Tahun ni beraya di Kedah dulu.
Seawal Rabu dah sampai sana.
Sempat puasa 2 hari di Kedah.
Gambar2 raya tapi gambar maktok dengan atok wan takde sebab masing2 dah beraya ramai2 dengan jiran2.
Masa maktok ada, atokwan takde plak dan sebaliknya.
Jadi ambik gambar mana yang ada je lah.

Kawi dan Wafi yang sedondon. Tudung haruslah lain2 ikut pilihan masing2.
Wafi nyer shawl memang last minit. Hari sebelum tu beli kat Bazar Kemboja tapi melayu je yang jual.


Bami taknak bersampin.. style katanya.. hurrmm.. anak2 muda ggrrrr...
Sampai2 dari solat sunat Wafi tengah makan mi kari. Lapar katanya.

Dua beradik yang kekadang ok.. kekandang tak ok. Nak soh bergambar memang ada je lah alasan diorang.
Kawi ibu tak tau nak muka berbelak2 gitu. Peluh kot.
Bami dah lagi tinggi dari ibu.

Gambar ibu ngan ayah ni ada kawan komen, kenapa tak pegang tangan. hahahaha... ibu pun tak tau.. tak teringat pun nak pegang kehkehkeh...

Gambar family Shafwan yang paling cantik dan sempurna.
Yang lain tu dok goyang jer dek budak kecik ni yang tak mau bergambar.
Sib baik dapat tangkap yang ni.


Yang ni pun tak tau nape baju Bami dan ayah bertukar jadi pink.
Yang sebenarnya more to merah.
Dah jadi bahan plak hehehe...
Sori lah yer... camera yang buat jadi camtu.

Tuesday, July 28, 2015

Salam Lebaran 2015

Salam 12 Syawal.

Monday, July 6, 2015

Iftar Keluarga Besar

Majlis Iftar & Silaturrahim keluarga besar atuk diadakan di rumah arwah moyang.
Makan di ruang terbuka je. Alhamdulillah.. cuaca ok sebab memang tak jangka akan hujan pun dek kerana panas beberapa minggu.
Tapi subuh tu sebenarnya hujan lebat tapi takde lah membawa sampai ke petang.

Penuh dengan makcik, pakcik, atuk, nenek, sepupu sepapat, anak2 buah dan jiran terdekat.

Makanan tu semua potluck. Tuan rumah sediakan beberapa jenis air panas dan sejuk.


Persiapan awal.


Solat maghrib berjemaah.

Selepas terawih wajib posing adik beradik hehe.. padahal tiap2 minggu buka sekali.
Tapi wiken masing2 bergegas ke surau kariah sendiri.



Geng2 mak jemah yang bila berjumpa banyak beno yang nak dikongsi cerita.

ooopsssss.... penampilan khas.. hahaha..