Keputusan MPKAFA telah diperolehi. Sehari lewat sebab tak boleh tembus web. Mujur Cik Elis checkkan.
Minta izin dari Wafi sebab semalam Wafi tak bagi ibu tengok bila ada sms reply. Bila kawan-kawan dah dapat barulah Wafi benarkan tengok.
Alhamdulillah Wafi dapat 7A 1B.
Lepas ibu forwardkan result Wafi tak jawab ibu pun. Call pun tak angkat. Ibu suruh Kakak bagi hp pada Wafi pun taknak angkat juga.
Kakak kata Wafi murung.
Sedih.
Ini mesti sebab BFF Nayli dan Dania dapat 8A.
Ibu biarkan dulu.
Nantilah balik kerja baru cari Wafi.
Bila ayah balik cakap-cakap dengan Wafi barulah nampak ok sedikit.
Bila Wafi dah nak sembang barulah ibu tengok.
Wafi kata nangis tiga kali.
Pertama bila dapat result.
Kedua selepas solat Zohor.
Ketika selepas solat Maghrib.
Patutlah bila ibu tengok mata Wafi nampak bengkak. Lamanya Wafi nangis.
Wafi sedih sebab tak capai target. Lagi satu BFF dapat semua A.
Subjek Jawi dan Khat dapat B.
Allahu.. Wafi.. Wafi... panjang lagi perjalanan awak. Awak dah buat yang terbaik.
Terus usaha.
Terus usaha.
Terus usaha.
Ibu doakan awak cemerlang dunia akhirat.