Pages

Saturday, December 18, 2021

Dinner Meraikan Hari Lahir Kakak Widad

Malam ni ayah bawa makan di D'Global Cuisine by Chef Zubir, Eco Grandeur sempena hari ulangtahun kelahiran kakak 1.12.21. Belated birthday lah kekdahnya. Selepas Maghrib terus ke sana, mujur awal dapatlah meja sebab banyak meja telah di'reserved'. Malam minggu kan.. ramai yang keluar makan bersama keluarga.

Since tak ramai orang lagi, kami ambil peluang untuk bergambar di restoren yang cantik ni.

Selamat hari lahir yang ke 19 kakak.

Malam ni ibu pakai Selom #bujurdaun berwarna Peachy. In love lah dengan kaler ni.


Wafi tak ada dress atau jubah pulak. Lainkali ibu belikan ok.

Jom tengok apa yang kita order tadi. Nama dalam menu tak ingat pulak. Maklumlah nama komersial.

Teh tarik untuk ibu. Kali ke dua minum masih sedap.

Birthday girl makan Spagheti Carbonara.

Spagheti Bolognaise untuk Wafi.

Burger pilihan abang Imi.

Ayah ambil Tagine ke nama dia. Cuisine dari timur tengah rasanya. Ibu pun tak rasa.

Curry nyonya pilihan ibu. Cukup rasa. Highly recommended.
Mula-mula waiter ada beritahu yang udang galah tak ada, ibu kata oklah .. udang biasa pun tak apa. Mereka beritahu dulu so kita boleh choose menu lain. Ibu tak kisah ler sangat sebab bukan fan udang pun. Bila datang ada udang galah. Waiter cakap sudah dapat bekalan. Dah ler susah nak makan udang kepala besar ni hahahah..

Bukan senang Bami nak ikut makan kat luar.
Semua tak percaya Bami nak follow.

The 5 of us.
Alhamdulillah.
 

1 comment: