Pages

Saturday, December 11, 2021

Majlis Aqiqah dan Kesyukuran - Rewang

Hari Sabtu 11/12/2021 diadakan Majlis Aqiqah dan Kesyukuran di rumah nenek. Aqiqah untuk Iman, Irdina dan Baby Rosebella. Juga khatan buat Firas.

Dari hari Jumaat sudah mula aktiviti rewang (bukan merewang😁). Bahasa jawa yang bermaksud gotong royong masak untuk majlis kenduri atau keraian.

Cik Man & Cik Amir potong daging kambing yang agak besar. Dapat dari penjual dah potong tapi ada saiz yang bear jadi adjust saiz yang dikehendaki.

Kupas bawang, serai, cili dan halia.

Gunting kulit lembu yang telah direbus.

Sempat jemput adik beradik Cik Amir.

Pengantin kecik di depan khemah.
Tema pink.
Masukkan telur dalam kelongsong bunga telur.

Isi goodie bag.
Anak-anak kecil suka lah aktiviti macam ni.
Pasti mereka akan ingat momen-momen bersama sepupu sepapat.

Cantik bunga telur pilihan Cik Amie.
Beli online rasanya.
Bila ibu check kat shoppee banyak rupanya bunga-bunga telur dijual online. Yang ibu tau kedai amoi cina cakap jawa kat Klang dan kat meru je ada hahahah

Potong batang keladi.
Cik Biela sedang buat pes untuk ayam berempah.

Semua adik beradik je.
Nenek cuma panggil nenek ina minta masakkan kambing masak palembang. Monitor lah gitu tapi yang kodek-kodek ipar-ipar lelaki.

Cik baya enterprem.. buatkan susu Dina.

Pagi seawal 7 am ibu dah keluar cari sarapan untuk bawa ke rumah nenek.
Gerai ketiga pergi baru buka di Jalan Kempas. Dah cuak sebab warung yang nak pergi tutup pula. Dah plan kalau takde gerai buka ibu nak goreng mi je bawa ke rumah nenek.

Pagi tinggal tumis sayur batang keladi, sambal goreng jawa, goreng ayam dan sambal belacan ulam-ulaman.
Bahan-bahan semua dah prepare malam.
Cepatlah sikit kerja memasak pagi tu.

Alamak kantoi!!!
"Curi" ayam konon nak rasa hahahha
Orang belakang kan😁

Pakcik Zie ambil tugas goreng ayam berempah.

Sambil tu cuba masuk Mysaman nak bayarkan saman ayah.
Dari malam tadi tak boleh masuk.
Diskaun 80% kan...
Malam tadi check tetiba ada 3 saman... ayah ler tu!

Cik Mona (jiran nenek) dan ibu sama-sama tumis lompong/batang keladi.
Mata pedih nek masuk asap..... masak pakai dapur kayu.
Tapi rasa memang mantap!

Subur Ulam Raja yang Cik Biela tanam di kebun.
 

No comments:

Post a Comment