Pages

Sunday, December 26, 2021

3H 2M Muar, Johor 2021 : Terima Kasih Mak

Tahun ini anak-anak nenek hadiahkan bouquet duit tarik. Tahun lepas masa kami belikan nenek emas, nenek kata anak-anak kawan bagi hadiah kek yang ada duit tarik. Owh.... nenek pun teringin. Tahun ni kami realisasikan impian nenek. Taknak kek sebab renyah nak bawa jadi bouquet coklat lebih selamat dan mudah dibawa. Juga boleh bagi cucu-cucu makan.

Cik Baya dan Cik Man setelkan hal hadiah. Kreatif sungguh mereka.

Lepas acara aktiviti tukar-tukar hadiah nenek bawa satu beg dan serah pada Cik Fatin. Mula-mula Cik Fatin taknak dan minta nenek bagi tapi nenek berkeras minta Cik Fatin bagi. Cik Fatin nak bagi kat Cik Biela tapi nenek soh Cik Fatin juga.. hahhahahah... kisah di sebalik tabir. Sempat lah ibu ngopeng.

Sorang-sorang Cik Fatin panggil berdasarkan beg yang telah tertulis nama.

Ummi.
Si bongsu dan Si Sulung.
Beza mereka 28 tahun.
Adoiiii... hadiah pun bawak takut kena curi ke😀

Cik Ujang.

Cik Elis.

Cik Nora.

Cik Cha.

Cik Ami diwakili Nana.

Cik Baya.

Cik Biela.


Cik Wada.


Terima kasih Allah atas rezeki yang Kau kurniakan.

Tayang bling-bling.


Hamboiiii Cik Biela... sampai ke siku gelang dia 😀

Semua nak jadi mami jarum.

Cik Fatin dapat rantai leher beserta loket besarrrrrrrrr
Since nenek masih pakai rantai tu.. esok-esoklah Cik Fatin pakai.
Tapi anak muda mana mau dia pakai rantai besar-besar hahahha...
Cik Fatin kalau tak mahu serahlah pada kakak2 tukar suka sama tak suka😂😂😂 (gelak syaitonnnnn... astaghfirullahalazim)

Tayang lagi.
Since Cik Ujang tak boleh pakai barang kemas nenek bagi gold bar dan gold coin.
Waaahhhh... lumayan.

Cik Elis dan Cik Wada dapat rantai leher.
Yang lain dapat rantai tangan.

Terima kasih mak.
Ya Allah.. rezeki dari Mu.
Cik Man saja kan... suka photobomb.

Nenek dah pesan.. ambil sahaja yang dibagi jangan dibeza-bezakan.
Kami ok sahaja dan tak sangka akan dapat barang kemas seorang satu.

Barang-barang kemas ni nenek dah pakai dan ada yang nenek kata beli masa harga emas RM50/g
Kalau dulu RM50/g pun still mahal.
Ada juga yang baru beli beberapa minggu lepas untuk cukupkan bilangan.

Since nenek dah bahagi-bahagikan sebahagian barang kemas adalah alasan nenek beli barang kemas baru.

Sebenarnya kami rasa sebak😢

Ok last.
Simpan sini sebagai kenangan.
Diorang kata gelang biskut bantal.. ke roti bun.
Apa-apalah.
Lengan panjang untuk sampai ke siku, boleh isi lagi!😂😂

No comments:

Post a Comment