Allahu..
Pertama kali sepanjang hidup ini, ibu saksikan di medsos yang Daerah Klang mengalami banjir besar. Hujan tanpa berhenti selama 2 hari melumpuhkan aktiviti di sini.
Pagi tadi pun ramai yang ambil Emergency Leave bila jalan untuk ke ofis ditenggelami air. Masing-masing tidak mahu mengambil risiko bila kenderaan stuck di dalam air. Syarikat memberi kelonggaran kelewatan waktu bekerja kepada jam 10 am. Hurmmmm... siapa mahu pergi kerja macam ni. Balik nanti tak tau apa jadi. Pasti paras air akan naik lagi.
Gambar depan kilang masa rakan ofis hantar pagi tadi. Petang air dah naik. Pertama kali terjadi.
Alhamdulillah.. rumah tak affected dengan banjir tapi jalan nak access keluar tak boleh.
Ibu offer kat officemate jika rumah mereka dinaiki air dan perlu diarahkan evacuate datanglah rumah kita.
Bocor plak. Petang tadi tengok kat luar ada 1 atap tercabut. Nak panggil orang untuk repair pun hujan. Sabar dulu lah.Setakat jam 9.30 mlm hujan masih turun lagi.
Ya Allah.. permudahkan lah urusan kami semua.
Rumah nenek dah ada family Cik Awie. Rumah mereka di belakang Speedmart 99 telah dinaiki air. Mak Cik awie pulak kena stroke. Semoga semua baik-baik.
Kira teruklah banjir kali ini kat Selangor, KL dan Pahang.
ReplyDelete