Pages

Sunday, December 26, 2021

3H 2M Muar, Johor 2021 - Bakar-bakar Seafood

Lepas maghrib geng-geng lelaki dah mula bakar seafood. Bara api Cik Awie dan siapkan sebelum maghrib lagi. Perapan seafood Cik Nora dah prepare begitu juga air asam.

Ada jenahak, cencaru, kembung, pari, sotong, udang dan jagung bakar.
Cari sosej kat pasaraya dah habis pula.

Ada pepes istimewa Batu Pahat Cikbila bawak.

Halah halah CikFatin senah.. makan lone ranger.
Cik Fatin kan pendiam, tak banyak cakap.

Dah kenapa malu-malu.

Hidup CikAmi yang sentiasa dibayangi dengan CikBaya.
Hahhh.. gitu kekdahnya.
Mereka rapat berdua sebab umur beza 2 tahun je jadi rakan sepermainan dan sebaju dari kecil😀😀😀
Cik Ami jangan risau... pasti kurus lepas pantang!

Cik Elis dan nenek Kuantan.

Umi, nenek dan Kawi sementara tunggu makanan sampai.

Ikan jenahak bakar.
Air asam Cik Nora sedap oooo

Ketam kari masak dalam noxxa je. Resepi campak-campak Cik Elis.

Cencaru.

Baru sempat makan.. makan ikan je kenyang.
Nasi tak makan.
Sotong bakar tak merasa. Bakar yang terakhir jadi kenyang dan tak ingat.
 

No comments:

Post a Comment