Pages

Saturday, December 4, 2021

Balik Kampung

Seawal jam 7.30 pagi kami check out hotel. Teruskan perjalanan ke Kulim pula. Ayah cadang nak ikut Lebuhraya WCE tapi malangnya waze takde pun suggest lalu situ. Nak keluar kat mana pun pasti. Maka ikut Tapah Road dan menghala ke Lebuhraya Utara Selatan.

Singgah gerai di tepi jalan sahaja since anak-anak dah mengadu lapar.

Since roti canai tak ada, maka masing-masing pesan bihun dan ayam goreng sahaja. Ibu pula teringin makan nasi lemak.

Ayah dan Bami gilir-gilir pandu kereta. Dah lama tak berjalan jauh.
Ibu ambil kesempatan tidur hahahhah... (macam biasa).

Singgah di Hentian Bukit Gantang untuk beli buah.

Kakak Widad teringin makan roti.
Banyaklah yang diborong dari Harolds.

Kalau boleh satu kedai nak dibelinya.

Yayyyy.. dapat makan jagung.
Kami beli dua kali... semasa menghala ke utara dan semasa pulang ke selatan.
Yang balik tu lagi terasa kesedapannya.
Jagung satu cup ni RM3.
Rasanya bila jalan jauh je berpeluang makan jagung cup ni😁😁😁

Ayah belikan kakak Widad small bouquet dari Kedai Petronas sempena harijadinya.
 

No comments:

Post a Comment