Pages

Wednesday, December 1, 2021

Birthday Kakak Widad yang ke 19

Awal pagi tadi dalam jam 12.06 am kakak call ibu. Ibu mamai jawab telefon sebab dah tidur awal. Kakak tanya ibu lupa ke birthday adik hari ni?
Allah!!!!

Mesti kakak tertunggu-tunggu wish dari kami semua pagi tadi.

Pertama kali ibu lupa birthday anak ibu.
Maafkan ibu dik.
Sejak kebelakangan ni ibu sibuk sangat dengan kerja ofis.. tak dapat fikir benda lain. Teruk sangat. Balik dah malam lepastu tidur awal huhuhuu...
Penat.

Ayah pun lupa sama.
Hurmmm... 

Padahal birthdate kakak Widad paling senang ingat.
1.12.2002


Notification dari FB

Coursemate kakak buat surprise.

Kakak kata mereka ni kawan rapat.

Terima kasih kawan-kawan kakak yang buatkan kakak gembira hari ini.
Moga kalian dilimpahkan rezeki dan dikurniakan hati yang mulia.

Syukur ramai kawan sayang kat kakak.

Semoga kakak Widad sentiasa dalam rahmat Allah.

Tengahari tadi kakak kata macam nak demam.
Ibu minta kakak ambik paracetamol.
Kakak kata lepas mandi dah ok.
Alhamdulillah.
Risau gak ibu tadi sebab kakak kata ada kes di Poli.

Semoga kakak dan seluruh warga Poli baik-baik sahaja.

No comments:

Post a Comment