Pages

Tuesday, December 21, 2021

Klang Banjir Besar - Part 2

Hujan berterusan 17, 18 & 20.12.2021

Luluh hati bila tengok kawasan banjir di sekitar Bukit Kapar, Meru dan Setia Alam yang dikongsi melalui media sosial. Aktiviti menyelamat dilakukan dengan pantas dengan bantuan volunteers. Mana yang ada 4 x 4, bawa mangsa banjir ke Pusat Penempatan Sementara (PPS). Malahan lori-lori  seperti lori tanah juga digerakkan untuk membantu. Tahniah buat semua volunteers. Semoga Allah berkati usaha kalian.

Ibu share gambar-gambar yang diambil dari media sosial.







Bagi mereka yang mempunya saudara mara dapat lah berteduh seketika. Yang lain duduk sementara di PPS.

Cik Wada sempat bermalam di PPS SK Sungai Binjai.
Pagi tu Cik Awie dan Cik Biela bawa balik ke rumah kita.



Cempaka lapar ke tu!
Kakak Widad suap nasi dan sup ayam.


Petang main.

Malam pun Ali main lagi.

Wafi : Macam ni ya ada adik. Penat. Nak kena layan lagi.
Ibu : Kenapa penat?
Wafi : Ye lah.. nak kena ambikkan itu ini. Tengok macam Cem... dah ambikkan air, dia minum lepas tu tumpah-tumpahkan.. nak kena lap lagi.
Ibu : Jadi tak payahlah ada adik lagiπŸ˜‚πŸ˜‚

Happy lah Wafi bila Ali dan Cem duduk rumah kita.
Bila mereka dah balik rumah sendiri Wafi cakap kan seronok Cik Wada duduk sini.
Haiii lah Wafi.. Cik Wada mesti lagi seronok dapat duduk rumah sendiri.

Ini tengahari Isnin ibu ambil dari depan PPS SK Sungai Binjai.
Jem depan tu. Orang keluar masuk PPS hantar bantuan dan ada yang beransur pulang ke rumah.

Pasca-banjir pula.
Barangan elektrik terpaksa dibuang.
Kat tepi-tepi jalan banyak longgokan tilam dan sofa yang tidak dapat diselamatkan.
Sampah-sarap berterabur di tepi jalan.
Di luar pasaraya dan kedai barangan dilonggok diluar. Kedai-kedai tidak dapat dibuka.
Orang ramai mencari barangan keperluan.

Kedai-kedai yang tidak terjejas banyak pula barangan yang habis dijual.
Hari Sabtu ibu sempat beli barangan keperluan. Cukuplah stok untuk beberapa hari.
Tapiiii..... gas pula habis. Lori gas tak dapat supply.
Masak guna PC Noxxa je. 
Beli air botol untuk minuman.
Nak air panas minta Cik Ana. Waktu ni lah rasa nak beli cerek elektrik. Takpun penapis air yang ada air sejuk dan panasπŸ˜€

Banyak yang dipelajari dari banjir kali ini.

. Walau kawasan kita tak affected tapi access keluar masuk tiada. Jadi pulau kekdahnya.
. Sediakan makanan kering. Biskut, roti dsb
. Belilah 1 lagi tong gas yang sentiasa berganti (malas nak ada 2 sebab nak kena sediakan tempat simpan. Biasanya habis je panggil gas)
. Tank kereta atleast 1/2 lagi bagus 3/4 atau full tank. Kot nak kena keluar juga cari barangan keperluan atau kena ke mana-mana.
. Sediakan air mineral/minuman botol
. Letakkan dokumen di tempat yang tinggi dan dalam plastik yang kalis air.
. Kurangkan perabot

ada banyak lagi yang difikirkan.... 



 

2 comments:

  1. Lepas banjir, nak membersihkan rumah pula
    Banyak barangan dan perabot yang rosak
    Dugaan besar buat mangsa

    ReplyDelete
  2. betul tu.. kawan kat ofis kata seminggu pun tak habis kemas dengan badan letih

    ReplyDelete