Pages

Saturday, December 25, 2021

3H 2M Muar, Johor 2021 - Bertolak

Perancangan yang dibuat beberapa bulan selepas PKP dimansuhkan akhirnya menjadi realiti.
Kita ambil tarikh 25 - 27 Disember 2021 sempena cuti Krismas dan kebetulan harijadi nenek. Muar menjadi destinasi sebab nak stay di Homestay Kampung Malaya.

Malam dah siap masukkan barang dalam kereta.
Bak kata Cik Fatin, bangun-bangun tidur terus gerak ke😁

Seawal jam 7 am masing-masing bergerak dari rumah.

Sempitlah sikit sebab naik City. Lepas RnR Dengkil Bami swift ke kereta Cik Fatin. Lapanglah sikit tinggal ibu dan Wafi di seat belakang.

Pitstop pertama di RnR Dengkil

Breakfast dulu.


 




Makanan tak sempat ambil. Nenek buat bihun goreng dan sediakan air kesedapan nescafe susu, Ibu buat sandwich sardin dan goreng sosej. Cik Baya buat sandwich sardin dan telur.


Kecuali Cik Ujang, Cik Bila. Cik Nora, Cik Ami dan Cik Wada.
5 kereta konvoi dahulu.

Dari RnR Dengkil menghala terus ke Tangkak. Sebelum tu masing-masing berhenti di Hentian Bemban dan juga RnR Ayer keroh. Semua bawa kereta relax-relax je. Walau banyak kenderaan di lebuhraya tapi smooth sahaja. Cuaca pun sangat cantik.

Masing-masing dah bertukar anak-anak. Alya dalam kereta Cik Elis.

Firas dalam kereta Cik Baya.

Simpang ke Tangkak dari tol.

Ayah sengaja beli buah betik di Hentian Bemban dan makan di RnR Ayer Keroh. saja singgah-singgah sebab tak selalu menghala ke selatan. Tambahan pemandangan ke arah selatan sama sahaja membuatkan mata cepat mengantuk. Kena berhenti untuk hilangkan rasa mengantuk.

Kakak Wafi dah aim cap anak-anak Cik Nora dan berharap dapat cap masa tukar2 hadiah.

Lukisan di dinding pekan Tangkak. Depan tu Gunung Ledang.

Cik Biela bertolak lewat. Tak join muzium dan rumah nenek Tangkak. Terus ke homestay.

Nak ke Homestay mereka bertukar-tukar lagi.

Outfit sempena nak jalan-jalan. Kakak Widad kan suka OOTD.

Ummi bertolak dari tapah ke Muar naik bas pada hari Jumaat 24.12.2021
Kemudian Abang Imran ambil di Stesen Bas dan stay di hotel Bukit Gambir.
Dekat tengahari Sabtu baru join ke rumah nenek Tangkak. 

No comments:

Post a Comment