Pages

Sunday, December 26, 2021

3H 2M Muar, Johor 2021 - Muar Waterfront

Lepas sukaneka, mak-mak masak untuk lunch. Tiada gambar masa lunch sebab semua kelaparan. Lepas tu masing-masing rehat. Anak-anak je sambung main.

Jam 3.30 pm macam tu ayah whatsapp ibu ajak jalan-jalan ke Bandar Muar. Aiseyy... baru syiok2 lena. Kat luar panas lah pulak. Tapi nak kena jalan juga tengok-tengok bandar.

Kami keluar berdua. Nak kejutkan princess Wafi tak sampai hati sebab sleeping beauty sedang tidur nyenyak.

Muar Waterfront.

Walaupun cuaca panas tapi gambar tak cantik sebab guna hp je.


Hajat dihati nak naik reivercruise tapi tiket sudah habis dijual. Masa tu hampir jam 4.30 pm.

Belakang tu jeti dan kaunter tiket.

Cruise akan menyusuri sungai ini dan perjalanan 30 minit.



Lepas jalan-jalan sekejap di Waterfront kami cari tempat makan. Ingat nak makan Mi Bandung Muar Hanifah rupanya dah tutup. Patutlah tak ada orang beratur. Pekerja di situ sarankan ke gerai satu lagi di Tanjung Emas tapi kami baru je balik dari sana. Maka carilah tempat makan lain.

Cari restoren kawan ayah Muar Station tapi waze bawa entah ke mana2. Tak larat dah nak pusing.

Kalau ada lebih masa bolehlah bergambar di dinding yang dilukis cantik.

Akhirnya kami berhenti di Restoren Soup (tak ingat exact name) tapi ia menjual pelbagai jenis sup  seperti mi sup, bihun sup, bakso dsb.

Kami ambil mi bandung.
Sedap.
Mungkin kami bukan lokal dan tak dapat bandingkan dengan mi bandung yang lain tapi it taste good.

Share semangkuk.

Rojak ni biasa-biasa je.

Lepas makan almost 6 pm so kena gerak ke homestay dan perlu singgah pasaraya cari barang dapur sket.
 

No comments:

Post a Comment