Pages

Wednesday, December 8, 2021

Anugerah Kecemerlangan Murid Tahun 2021

Alhamdulillah tahun ini Wafi dapat Anugerah Kecemlangan Murid tahun 2021 di SRA. Tahun lepas 2020, tiada anugerah diberikan oleh pihak sekolah disebabkan pendamik. Slowly sekolah pun boleh adapt dengan situasi pendamik sekarang dengan cara pembelajaran norma baharu.

Keseorangan di atas pentas.
Penjaga hanya hantar anak sahaja dan tunggu di luar sekolah.


Wafi terima 2 anugerah.
1. Anugerah PDPR Terbaik Tahun 5
2. Anugerah Percubaan UPKK Terbaik (6A)

Canggih ya sekarang, buku cenderahati pun dalam bentuk digital. Rasanya dah beberapa tahun kebelakangan ni buku cenderahati diedarkan secara digital kepada ibu bapa.

Anugerah disampaikan mengikut tahun dan masa yang ditetapkan.
 
Surat jemputan yang sangat surprise. Wafi hulur pada ibu semasa dalam perjalanan ke Sabak Bernam Jumaat lepas. Patutlah masa masuk kereta tersenyum-senyum. Wafi kata ada surprise untuk ibu.

Majlis tiada penonton dan dibuat bawah khemah tapak perhimpunan.
Ayah kata tak sampai 5 minit dah setel. Ala-ala drive thru.

Menurut Wafi, sampai sekolah terus daftar nama dan letak beg atas kerusi.
Kemudian ustazah MC umumkan... 

Dipersilakan Wafi Hanani Binti Sharizal menerima Anugerah Kecemerlangan ......

Setelah hadiah disampaikan, teruslah balik huhuhu..
Wafi kata tak seronok. Norma baru lah Wafi... lama-lama use to it lah gitu.

Disebabkan Wafi sampai awal, cepatlah balik.

Dapatlah jumpa salah seorang BFF, Dania.
Nayli tak kelihatan pula.
Mereka dah plan untuk memakai mask putih.
OOTD bersama rancangan yang diatur.
Mungkin Wafi datang tercepat itu yang tak dapat jumpa kawan yang lain.

Lepas ambil anugerah. ayah terus ke rumah nenek ambil Alya, Angah dan Iman.

Bawa mereka makan megi goreng di Arr Bistro, Eco Grandeur.

Juga meraikan Alya kerana mendapat Anugerah Sahsiah Terpuji manakala Angah mendapat Anugerah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Terbaik.

Laparnya mereka.

Tahniah anak-anak ibu.
Tahniah anak-anak buah yang lain.
Semoga cemerlang dunia dan akhirat.

Wafi kata bila lah nak sekolah baik.


No comments:

Post a Comment