Pages

Sunday, December 26, 2021

3H 2M Muar, Johor 2021 - Pagi Yang Indah Di Homestay Dan Sekitar

Lepas Subuh masing-masing dah keluar dari chalet. Ibu ingat nak sambung beradu tapi tengok kiri kanan ehh.. apesal dah tak ada orang. Rupanya semua dah masuk ke dapur prepare untuk breakfast.

Anak-anak dengan aktiviti berbasikal.
Tak perlu risau kalau anak-anak nak bermain sebab kawasan homestay berpagar.

Ibu ambil gambar tepi-tepi homestay tak sampai lah pula ke belakang kebun yang 3 ekar ni. Menurut owner kebun ditanam pokok buah-buahan.

Serai, pandan, lemon, limau nipis, jambu, durian belanda dan sebagainya ada di sini.

Lemon yang besar tapi sebab belum matang kami tak petik.

Pokok durian kot.

Serai bila tidak dipetik akan tua dan kering. Ini nenek petik dan ada yang nenek tanam semula kat tepi bahagian lapang.

Geng lelaki dok sembang planning mereka hari ni.



Kanak-kanak dan mak-mak riang ria berlumba basikal. Lepastu komplen sakit peha dan betis.

Cik Awie sempat memancing ikan di tepi sawah. Malangnya ikan tak mahu makan umpan sebab air sangatlah jernih. Ikan pun boleh nampak umpan tu😂😂

Tempat tadahan air kalau tak silap tapi bukan main cantik lagi.

Ini owner homestay bawa ke tempat memancing.
Tapi tak sempat lah mereka buat aktiviti ni sebab jadual lepas ni padat dengan telematch keluarga.
 

No comments:

Post a Comment