Kami dah plan untuk bermalam di Sabak Bernam sahaja jadi keesokan paginya bolehlah terus ke WCE. Ayah dah booking siap-siap Hotel Sri Bernam seperti biasa. Bila kami sampai kawasan hotel dan bangunan sekitarnya blackout. Bila tanya di kaunter, mereka pun tak pasti berapa lama TNB boleh selesaikan masalah. Jadi ayah cari hotel lain. Untuk berpatah balik ke Sungai Besar jauhlah pula. Itu yang ayah cari hotel di sekitar Teluk Intan.
Ayah call beberapa hotel bertanyakan dulu bilik kosong. Since impromtu, susah untuk dapatkan bilik dengan harga yang reasonable. Ada yang harga RM170 untuk semalaman.
Masa booking mereka bagi RM140, katil 2 single.
Bila sampai mereka bagi diskaun, jadi dapat bilik RM110.
Toilet di hujung bilik tidak seperti kebanyakan bilik hotel masuk bilik jumpa toilet dulu.
Cuma air panas tak berapa panas.
Mungkin kami tak tau setting 😁😁😁😁😁
No comments:
Post a Comment