Hari ketiga dan terakhir di homestay.
Seperti yang dirancang menu pagi ini adalah nasi lemak. Sambal Cik Biela dah siap-siap bawa dari rumah. Jadi masak tidak ambil masa yang lama. Hari sebelumnya lupa pula nak beli bilis dan kacang. Kalau tak ada makan apa yang ada sahaja.
Rupanya minyak masak pun dah habis jadi kena pergi mencari jugalah tu. Jam 7 am masih awal lagi jadi tak mungkin kedai dah buka. Tak apalah.. ibu, Kawi dan Cik Wada keluar cari-cari kot ada kedai yang dah buka. Jadi kami menghala ke jeti Parit Karang. Terlepas simpang pula. Rupa-rupanya depan sana ada kedai yang juga jual bahan-bahan basah.
Jadi semua barang dapat dibeli.
Inilah juadah pagi yang dimasak bersama-sama.
Nasi lemak dan popiah otak-otak goreng.
Popiah ni Cik Biela dah siapkan awal-awal dari rumah.
Semua dah lapar.
No comments:
Post a Comment