Pages

Sunday, December 26, 2021

3H 2M Muar, Johor 2021 - Beli Ikan di Jeti Parit Karang

Lepas breakfast Abang Hafidz owner Kampung Malaya Homestay bawa ke jeti untuk beli ikan. Sebab mereka pergi dahulu ingatkan ke Jeti Kesang Laut, 1 km dari homestay rupanya di tempat lain. Patutlah tak nampak bayang kereta mereka.
Geng gegirl Cik Cha, Cik Elis, Ummi, nenek dan ibu.

Rupanya mereka ke Jeti Parit Karang dalam 4 km dari homestay.



Beginilah rupa jeti. Penuh dengan bot-bot kecil nelayan yang akan turun ke laut.


Bukan selalu kan dapat turun ke jeti. Kita ambil gambar lebih.

Di sinilah pasar jual makanan laut dan sayur-sayuran.

Jeti ni terletak di daerah Tangkak.

Boleh bandingkan harga dan kualiti makanan laut.

Tak beli pun hanya ambil gambar.

Beli sayur kat sini je.
Menu tengahari sup sayur dan bebola ikan.


Cencaru segar kat sini. Ikan kembung pun best.

Ibu ambil sotong dan ketam juga ikan pari.

Beli juga jenahak 2 ekor saiz sedang je. Kami kan jarang beli ikan saiz besar untuk dibakar tapi cuba je lah bakar.

Mereka tunggu di gerai tepi pasar.




Cik Ana pun kata tak pernah tau yang Tangkak ada nama Parit Karang.

Ok.. last gambar.

Cik Amir belanja seluar kotak-kotak kat pasar sini. Ada juga mereka jual pakaian walau tak banyak gerai.

Selesai urusan di pasar, kami mencari kedai runcit otw balik tu sebab ada lagi barang dapur tak cukup. Geng laki cari ayam di pasar area 99 Speedmart Bukit Rambai. Dalam 2 km dari homestay.
 

No comments:

Post a Comment