Pages

Sunday, January 14, 2024

Bawa Wafi Outing

Ini cerita semalam 13.1.2024

Ingatkan nanti jumpa Wafi akhir sesi persekolahan rupanya pelajar dibenarkan Pulang Bermalam pada cuti Thaipusam. Kalau ikut Kedah tak ambil cuti Thaipusam tapi tahun ni diambil sebagai cuti peristiwa. Mereka akan bercuti direct dari Jumaat hingga Sabtu. 

Wafi akan PB menaiki ETS. Itu yang kena hantar handphone. Ambil dulu di rumah Tokwan kemudian hantar ke sekolah. Boleh juga minta Makngah hantar tapi Wafi nak outing pula. Makngah kan busy dengan F5 student yang ambik exam. Itu yang tak nak kacau. 

Jadi ibu yang akan bawa Wafi outing. Ayah tak dapat join sebab jaga konvo pula. Ibu ajak Cik Cha dan Cik Fatin. Bolehlah ganti² drive. Sambil tu ambil kesempatan bercuti² di Penang.

Kami gerak dari rumah ummi almost jam 7 am. Sampai sekolah jam 10.40 am. Tunggulah dulu sebab Wafi hanya boleh keluar jam 11 am.

Dapat tengok handphone macam nak telan😁. Mereka tengok IG gambar² masa Majlis MAHKOTA (Majlis Anugerah Akademik dan Ko Kurikulum).


Wafi bawa Alya Azis bersama.


Sampai² Amanjaya mall kita lunch dulu.

Lepas makan Wafi masuk ke Mr DIY pula. Dah namanya pun budak²... nak juga beli toys walau usia dah masuk 14 tahun. Katanya nak main² lepas exam. Ambil yang educational toys.

Makanan pun beli kat sini juga. Senang. One stop centre  Ibu juga ada beli barangan yang sudah dipesan awal². Dalam Amanjaya Mall ni ada Pasaraya C-Mart.

Lepastu beli Tealive pula. Sebelum balik beli dulu Rotiboy. 

Sampai sekolah masa hantar kad Wafi terserempak Najlaa, kawan SAMNI yang baru daftar minggu lepas. Dapatlah ibu pass HP agar Najlaa boleh video call mamanya. Mama Najlaa dah pesan kalau jumpa Najlaa nak minta ambilkan gambar sebab rindu. Nahhh... VC terus.

Masa otw dari Kulim ke sekolah Wafi, Cik Fatin tanya mana sekolah Wafi? Rasa dah bangun tidur 3-4 kali tapi tak sampai²🤣🤣 



Sebelum gerak balik Wafi, Alya dan Yaya bergambar bersama².


Yaya pun nak bergambar depan pintu masuk asrama girl.



Jumpa lagi Wafi🥰

Semoga jihad menuntut ilmu, Allah permudahkan.

Hari ni 3 paper terakhir Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), Sejarah, Geografi dan Pendidikan Jasmani/ Kesihatan.


 

4 comments:

  1. Jadi di DIY Wafi beli apa saja Mbak?
    Sementara harus berpisah dengan anak tersayang untuk bersekolah dan menuntut ilmu.

    Salam,

    ReplyDelete
  2. my dania kalau pi DIY dia suka beli stokin..berpuluh2 dh stokin diy dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gamaknya sebab comel-comel kan.. tu yang diorang suka.

      Delete