Pages

Thursday, January 25, 2024

Biskut Lee Min Ho

Masa kat Kuching nenek nak medang-medang teh dengan biskut. 
Dok cari-cari biskut kat 7E bawah hotel penginapan kami. Pusing rak sana-sini tak jumpa biskut yang berkenan padahal banyak je biskut atas rak tu.
Ibu tanya nenek nak biskut macamana?

Alaa... biskut kelapa Lee Min Ho

Hahhhh... biskut Lee Min Ho😮😮😮
Ibu takleh brain... ada ke biskut camtu sebab ibu tak pernah dengar atau nampak.

Ibu cakap kat nenek.. mungkin kat Kuching tak ada jual kot biskut camtu. Tak pun ada kat kedai/pasaraya lain. 7E je tak jual.
Nenek kata biasa makan kat rumah sebab ada kat TV itu yang pernah beli.

Kemahin nenek ni... layan Kdrama juga ke 😁😁


Masa beli barang Wafi kat Village Grocer ibu jumpa biskut kelapa Lee Min Ho ni.
Owhhh... memang ada. Ibu belilah sepeket nak bagi kat nenek.

Belum sempat ibu hantar biskut kat nenek, Cik Baya hantar gambar. Owh... dah beli. Ada je banyak kat Econsave.

Manalah ibu nak perasan, kalau beli biskut pun biasanya biskut cracker Muncyhs. Takpun beli yang assorted biscuit.

Biskut pelakon2 ni tak ngalbo 🤣😂


14 comments:

  1. bukan calang-calang nenek kerrlass gitu....yg muda ni pun tak tau ada biskut lee min ho hehe
    nak kena cari juga la gayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lerrr.. penangan LMH, don't play-play 😁

      Delete
  2. Replies
    1. Hahahha.. iklan tu menjadi.. yang berumur pun boleh tertarik 😁

      Delete
  3. Kalau nenek yg cakap nak biskut Lee Min Ho boleh terkejut oh....hehehe.....sedap ya biskut tu cicah kopi ke teh panas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. nenek yang sebut nak biskut LMH. Nengok kat iklan TV lah tu, boleh teringin 😁

      Delete
  4. Nenek sukaaa ya biskuit kelapa ini 😄. Roma biskuit ini perusahaan Snack nomor 1 di Indonesia. Tapi jujur saya tak suka 😅. Tak suka biskuit kelapanya, kalo yang lain okelaah.

    Anak2 biasanya yg doyan sangat. Tapi baru tau pula biskuit dengan lambang LMh ini. Dia memang sering dipakai di produk2 indonesia. Trakhir kopi luwak pun pakai LMh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab biskut kelapa ni lembut dan manis itu yang nenek suka.
      Bila google ada pelbagai lagi produk keluaran Roma ni. Mungkin sebab biskut kelapa LMH ni ia jadi terkenal kat Malaysia.

      Delete
  5. medan medan tu maksudnye apa sis?

    ReplyDelete
  6. Wah, nenek dah ada biskut kegemaran ye.
    Faizah, ngalbo tu bahasa Jawa ke? Apa maksudnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutnya "orak ngalbo" = tidak ambil tahu/tidak perasan
      orak=tidak

      Delete
  7. Amboiii...bukan main nenek...eh x pernah nampak plak biskut Lee Min Ho ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dicari mungkin ada SA sebab kita biasa beli biskut yang sama. Takde nak belek2 semua biskut kat rak.

      Delete