Pages

Monday, January 15, 2024

Kedai Buku Hasani (Hasani Books)

Masa awal-awal masuk sekolah, Wafi ada beritahu tentang kawan-kawan dok cerita beli buku di Kedai Buku Hasani. Wafi pula beritahu mereka biasa beli buku di MPH atau Kedai Buku Popular. Dah kawan-kawan kata tak pernah dengar. Samalah macam Wafi tak pernah dengar Kedai Buku Hasani. Kedai buku ni mula bertapak di Sungai Petani dan sehingga sekarang sudah ada banyak cawangan. Ayah kata lama dah kedai buku ni dan pernah datang visit student intern.

Masa bawa Wafi outing katanya nak ke kedai buku cari novel. Kebetulan Kedai Buku Hasani ni terletak berdepan dengan Amanjaya Mall. Jadi kita singgah dulu. 

Kedai ni ada 2 tingkat. Tingkat atas buku-buku rujukan dan buku kerja sekolah. Ibu tak naik sebab bahagian novel terletak di bawah. Ibu ambil beberapa gambar di sini.

Dulu Abang Imi suka beli buku Gempak Starz dan masih simpan segala koleksi.

Bahagian agama.

Novel remaja.


Bahagian ni novel remaja. Wafi cari novel yang kawan-kawan belum ada jadi boleh lah bertukar-tukar baca.

Pelbagai alatulis.






Kertas warna pun ada.

Wafi minta masa sebab nak baca sinopsis dulu.


Ibu tengok lengkap semuanya di kedai buku ni.
 

9 comments:

  1. Toko buku-nya lengkap sekali isinya, Mbak.
    Terlihat rapi penataannya, membuat nyaman yang belanja.

    Di kota saya tinggal, hanya tersisa 1 toko buku saja. Beberapa toko buka sudah tutup, karena sepi pembeli. Mungkin karena pembeli sekarang lebih suka belanja on-line.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, situ semua lengkap.
      Memang sekarang ramai yang beli secara online.
      Banyak juga majalah2 yang tidak dikeluarkan lagi setelah pendamik. Sayang sekali.

      Delete
  2. di pantai timur ada kedai buku muda osman..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. ikut tempat lah eh ada kedai buku masing-masing.

      Delete
  3. Dekat Utara, kedai buku Hasani ni big player Kak. Ada banyak cawangan dan lengkap segala barang utk sekolah; buku, alatulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya Kedai Buku Hasani tu setanding dengan kedai buku MPH dan Popular.

      Delete
  4. Pernah beli calculator online je dengan Hasani. Beli calculator warna pink.

    ReplyDelete
  5. Wah...wafi minat novel sama macam aunty SA la...aunty SA aa 100++ novel yang x baca lagi kat rumah...beli jer selalu..baca x lagi...

    ReplyDelete
  6. Selalu beli online kat Shopee Hasani Books ni.

    ReplyDelete