Pages

Tuesday, January 30, 2024

Nasi Lemak dan Hantar Wafi

Hari Sabtu ETS Wafi jam 10.24 am. Ayah pula nak gather dengan geng SAS dan minta buatkan nasi lemak sambal sotong. Jumaat malam tu lepas balik bawak Wafi window shopping, ibu buat preparation untuk nasi lemak. Yang penting sambal tu lah sebab kena masak lama. Hampir jam 12 setel semua. Esok pagi barulah masukkan sotong. 

Cuma tak puas hati bila dah siap sambal jadi kurang pedas. Sebelum ni kedai yang sama ibu beli cili kurang pedas dan campurkan dengan cili pedas. End-up sambal jadi terlalu pedas dan kena adjust. Kali ni pakai cili kurang pedas, bila siap memang tak pedas lah bagi tekak ibu 😁

Buatlah sekali untuk makan kat rumah.
Sambal tu ibu asingkan untuk buat sambal kosong dan sambal sotong.

Terpaksa guna beras basmathi untuk dapat tekstur nasi yang berderai. Lagi-lagi nak masak banyak. Ibu kan selalu fail bab nasi lemak ni. Bila guna beras basmathi aroma lemak dan wangi tu kurang.

Dapatlah guna bekas makanan yang dapat dari gift exchange masa FD 2022 tema camping dari Cik Wada.

Ibu bekalkan juga nasi lemak buat Wafi tapi bubuh telur goreng telur cair sedikit. Bukan main happy Wafi bila beritahu tak sabar makan bila dah sampai asrama.
Untuk bekalan lunch di ETS, ibu bawakan mantao goreng dan sambal sotong. 

Inilah kali pertama Wafi minta bekalkan makanan untuk dimakan dalam ETS, mungkin seronok kot makan ramai-ramai. Sebelum ni masuk ETS je akan tidur. Masa balik haritu pun dia ada minta Najlaa belikan nasi dari cafe ETS.

Ayah tak dapat hantar Wafi ke stesen KTM Sungai Buloh. Ibu dan Abang Imi yang hantar jam 8.50 am.

Perjalanan tak sampai 45 minit tapi sempatlah dua orang ni tidur.

Sampai parking awal lagi jadi tunggu jam 10 am baru naik ke terminal.


Rushing pula bila relax-relax almost jam 10.15 baru nak turun ke platform. Sampaikan dah ada pengumuman dari KTM untuk perjalanan ke utara. Wafi whatsapp berdebar-debar betul.
Dah pesan kat Wafi lainkali turun jam 10.05 minit lah. Tak adalah rushing bila turun tu.
ETS gerak sharp jam 10.24 am


Mommies geng anak balik utara, bertambah sebab mak Ariana terbeli tiket naik kat Sungai Buloh.

Lega bila Wafi beritahu sudah sampai Sungai Petani. Teksi yang ayah book awal-awal pun sudah tunggu. Kali ni Wafi berempat dengan Najlaa, Elisya dan Kakak Nafiesha.

Alhamdulillah, bila beramai-ramai ni hilanglah kegusaran ibu 😚

8 comments:

  1. Alhamdulillah selamat sampai..lama dah x pi KTM Sungai Buloh tu...dulu hari2 masa stay sungai buloh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. SA pernah duduk Sungai Buloh. Rasa pernah terbaca SA sewa bilik tapi tak sure ia di Sungai Buloh atau tidak.

      Delete
  2. Ya setuju...bila ramai2 ni tenang sikit berbanding dia sorang2 ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. semoga kawan-kawan baru ni akan terus sekolah di situ.

      Delete
  3. Wah, nasi lemak Melaka ke tu... ada kangkung celur.
    Bahagianya jadi seorang Wafi, dikasihi ayah ibu dan keluarga sepanjang masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. nasi lemak Melaka style namanya.
      Husband yang minta tambah kangkung katanya pernah makan begitu. Saya follow je rupanya kawan-kawan pun turut gemar.

      Delete
  4. Mbak rupanya jago masak. Pasti Wafi senang membawa bekal hasil masakan ibunya.
    Lancar dan sukses selalu sekolahnya buat Wafi.

    Salam,

    ReplyDelete
  5. Saya masih failed masak sambal nasi lemak 🤣 trakhir buat tak serupa betol dengan yg saya makan di KL dan Penang 🤣🤣. Biasanya tiap ke KL saya selalu beli sambal botol nasi lemak yg sudah jadi. Tapi stock habis, belum sempat ke KL lagi 😅.coba bikin pakai resep di cookpad, malah failed 🤣

    ReplyDelete